in , ,

Adik Sajat Bersuara Hingga Menangis, Sekali Diana Danielle Beri Nasihat

Barangkali bersimpati dengan nasib yang menimpa adik Nur Sajat, Nur Mustika, aktres dan penyanyi, Diana Danielle, 30, cuba memberikan nasihat kepada wanita tersebut agar mengambil tempoh bertenang buat beberapa hari.

Menurut Diana, ini kerana sekiranya Mustika terus-menerus memberi sebarang kenyataan berhubung Sajat ketika keadaan masih ‘panas’, ia dikhuatiri lebih memburukkan.

Selamat datang ke dunia artis putaran belitan – Diana Danielle

“Selamat datang ke dunia artis putaran belitan. Sebenarnya, awak perlu bertenang. Tulis sahaja satu kenyataan rasmi di Instagram bagi menjelaskan keadaan. Ringkas sahaja dan bertenang buat beberapa hari.

“Isu lain akan naik dan orang tak akan ingat lama-lama. Yang buat ingat itu, kalau kita duduk panjangkan. Tajuk berita akan selamanya lari daripada isi, pembaca pun faham sangat dah.

“Sebab itulah saya tidak suka beri kenyataan semasa benda sedang panas sebab lagi memburukkan keadaan,” katanya semasa meninggalkan komen di akaun Mustika semalam.

Adik Sajat Bersuara Hingga Menangis, Sekali Diana Danielle Beri Nasihat

Terdahulu, Mustika telah memuat naik satu penjelasan berbentuk penafian dengan mendakwa kenyataan yang diberikan kepada sebuah akhbar tempatan mengenai abangnya telah disalah ertikan.

Ia merujuk kepada ayat ‘berilah dia satu peluang’ yang dipaparkan di akhbar tersebut yang baginya telah disalah tafsir.

Menurut Mustika, ayat sebenar yang disampaikan berbunyi ‘semoga dia berkesempatan diberi peluang untuk perbetulkan apa yang salah’.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, Mustika juga ada menjelaskan kepada warganet dan pengikutnya berhubung kesilapan tersebut selain memohon agar semua mendoakan yang terbaik.

Selain Diana, komposer dan anggota kumpulan V.E, Damian Mikhail, juga ada meninggalkan komen pada hantaran Mustika itu di Instagram.

“Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan keadilan. Saya sendiri tahu pendirian kamu. Memang kamu tidak sokong Sajat.

“Mudah-mudahan pihak bertanggungjawab buat pembetulan,”katanya.

Terdahulu, Nur Mustika Kamaruz Zaman, adik perempuan kepada usahawan ksmetik Nur Sajad yang baru-baru ini diIaporkan sudah ditaha.n di ThaiIand tampil memberi kenyataan.

Instafamous berusia 33 tahun itu berkata, sebagai adik yang rapat dengan Sajad, dia hanya mampu mendoakan agar Nur Sajad kuat dan berjaya menmpuh ujian hidup.

”Saya juga harap dia sempat diberi satu lagi peluang kerana sepanjang hidupnya, dia adalah seorang yang baik, anak yang patuh dan seorang yang taat.

”Saya minta masyarakat dan sesiapa juga yang mengikuti perkembangan Ajad untuk mendoakan kebaikan untuk dirinya seperti mana kami sekeluarga mendoakan semua.

”Memang ujian ini brat untuk saya dan keluarga, bagaimana perasaan kami ini hanya Allah SWT yang tahu,” kata Nur Mustika Kamaruz Zaman.

Katanya, kali terakhir dia bertemu usahawan kosmetik itu Februari lalu sebelum dia menghilangkan diri.

”Saya tegur dia mengenai tndakannya yang menimbulkan kntroversi dan selepas itu saya tak tahu di mana.

”Apapun saya boleh katakan, sebagai manusia, Ajad seorang yang baik, bertanggungjawab dan sangat suka membantu orang.

”Saya sendiri pun tak mampu buat seperti mana dia. Sebab itu saya harap orang ramai tidak hanya menghukvm atau meIabel dia tervk dan sebagainya.

”Sebaliknya beri dia dorongan dan semoga semua kesilapan sempat diperbetulkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Ditanya mengenai kisah Nur Sajad yang ditaha.n di ThaiIand, Mustika berkata, dia hanya tahu melalui laporan HarianMetro, Isnin lalu.

Katanya, dia dan keluarga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan namun mempersoalkan kesahihan perkara itu.

”Sebelum ini bila dia ditaha.n, ada bukti gambar dan vdeo, jadi mana buktinya? Saya juga menerima terlalu banyak pertanyaan mengenai keadaan dia namun saya tidak boleh komen kerana saya tidak tahu.

”Sebagai adik, saya hanya mampu doakan dia. Sama ada dia balik (ke Malaysia) atau tak, saya sendiri tak tahu,” katanya.

Isnin lalu, HarianMetro meIaporkan misteri ‘kehiIangan’ usahawan Nur Sajad kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditaha.n pihak imigresen ThaiIand pada 8 September lalu hasil maklumat pihak brkuasa Malaysia.

Selain dari itu, dikatakan Nur Sajad kini dikenali dengan nama BeIIa.

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy M52 5G Dilancarkan, Snapdragon 778G Mungkin Berharga RM1,860

Noorkhiriah Tegur Pihak Yang Memperalatkan Wanita Bertudung Jual Produk