in ,

Noorkhiriah Tegur Pihak Yang Memperalatkan Wanita Bertudung Jual Produk

Pelakon Noorkhiriah tampil memberi teguran terhadap beberapa individu yang menampilkan wanita bertudung sebagai model iklan untuk memberi ulasan mengenai produk membesarkan payudara di media sosial.

Pelakon hebat, Noorkhiriah menasihatkan kepada segelintir pihak agar tidak memanipulasi wanita bertudung untuk mempromosikan produk yang tidak bersesuaian atau yang boleh mencalar imej golongan tersebut.

Pemilik nama sebenar Noorkhiriah Ahmad Shapie, 49, yang meluahkan pandangan tersebut di Instagramnya baru-baru ini berharap agar tindakan itu dapat dihentikan agar maruah wanita khususnya yang bertudung tidak diperkotak-katikkan.

“Sesiapa yang nak buat review produk besar ke, kecil ke apa ke, tolong elakkan wanita bertudung boleh tak? Menjatuhkan maruah.

“Atau engkau orang saja memang nak menjatuhkan maruah wanita bertudung? Sebab itu, bertudung itu menutupi dada, labuh. Bila dah labuh, tak perlu tergoyang-goyang sebab tetap akan nampak.

“Buat relax sudah, semua orang tahu apa disebalik tudung. Pakai tudung ikat leher lepas itu tergoyang-goyang. Motif apa?” tegurnya.

– Noorkhiriah
Noorkhiriah Tegur Pihak Yang Memperalatkan Wanita Bertudung Jual Produk

Kata Noorkhiriah, perbuatan menggunakan model muslimah untuk tujuan mempromosikan produk sebegitu boleh menjatuhkan maruah kaum hawa yang bertudung.

Kata Noorkhiriah lagi, sebagai wanita, mereka perlu saling hormat menghormati dan menjaga maruah wanita yang lain.

“Saya tak nak cakap besar, tetapi selagi punya kudrat, walaupun makan kicap sekalipun saya tak akan buat review sebegini.

“Memang ada yang suka, tetapi Allah murka. Tolonglah, saya tak nak butakan mata, akhirat nanti semua Allah tanya.

“Saya sayang semua wanita, jagalah maruah kita,” tulisnya lagi.

– Noorkhiriah

Sumber: Utusan Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat 2020 | 22

Adik Sajat Bersuara Hingga Menangis, Sekali Diana Danielle Beri Nasihat

Roy | 23

“Kalau Dulu, Jika Ada Acara Yang Perlu Penyanyi Patriotik, Nama Saya Jadi Pilihan,” – Roy