in , ,

Samsung Galaxy M52 5G Dilancarkan, Snapdragon 778G Mungkin Berharga RM1,860

Selepas tertiris beberapa berita sebelum ini, Samsung akhirnya melancarkan Samsung Galaxy M52 5G. Ianya merupakan salah sebuah telefon dalam segmen kelas pertengahan. Mari kita sama-sama lihat apakah keistimewaan yang terdapat pada telefon ini.

Samsung Galaxy M52 5G sepatutnya dilancarkan pada 28 September di India. Tetapi peranti telah dilancarkan di Poland lebih awal dan kini kesemua maklumat mengenai peranti telahpun diketahui umum.

Snapdragon 778G 

Galaxy M25 5G dilengkapi cipset Snapdragon 778G, teras ARM Cortex-A78, grafik Adreno 642L, RAM 6GB, storan dalaman 128GB dan slot mikro-SD.  

Selain itu, ia hadir dengan paparan skrin Super AMOLED Plus FHD+ 6.7 inci, skrin segar semula 120Hz dan pengimbas cap jari pada butang kuasa di bahagian sisi telefon.

Samsung Galaxy M52 5G Dilancarkan, Snapdragon 778G Mungkin Berharga RM1,860

Kamera Utama 64MP

Kamera utama terdiri daripada sensor 64MP sudut lebar, 12MP lensa sudut lebar dan 5M makro. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP. 

Pada bahagian belakangnya terdapat tiga kamera iaitu kamera utama 64MP, ultra-lebar 12MP dan makro 5MP. Kamera swafotonya pula hadir dengan resolusi 32MP. Spesifikasi lain Galaxy M25 5G adalah ia mempunyai sambungan Bluetooth 5.0, dwi-band Wi-Fi, GPS dengan GLONASS dan bicu audio 3.5mm.

Peranti turut mempunyai pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Peranti walau bagaimanapun tidak mempunyai bicu audio ataupun speaker stereo. Namun begitu sokongan audio Dolby Atmos menggunakan fon telinga masih disokong.

Samsung Galaxy M52 5G Dilancarkan, Snapdragon 778G Mungkin Berharga RM1,860

Sistem operasi yang digunakan ialah Android 11 dengan pelancar One UI 3.1. Ciri lain yang disertakan ialah NFC dan sokongan sistem RAM Plus yang membolehkan RAM maya ditambah sehingga 4GB sekiranya diperlukan oleh pengguna. 

Bateri 5000 mAh

Baterinya berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W serta menggunakan paparan antara muka Samsung One UI 3.1 beroperasi atas Android 11. Ia tersedia dalam dua warna iaitu hitam dan putih. Harganya dikhabarkan sekitar €380 (~RM1,860).

Walaupun telah dilancarkan di Poland, harga jualannya masih belum diumumkan.

Sumber: Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Taman Tema Berkonsep Eko-Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Selepas Pandemik

SAJAT

Adik Sajat Bersuara Hingga Menangis, Sekali Diana Danielle Beri Nasihat