in

Diana Danielle, Mawi, Liyana Jasmay Antara Penyampai Trofi AIM17

Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung sidang media Anugerah Industri Muzik 17. Rasanya korang semua dah tahu, bila dan di mana anugerah ini akan berlangsung. Ini kerana pada saban tahun memang AIM diadakan di PWTC, tak pernah buat kat Puncak Genting. Cantiklah macam tu, dekat je dengan rumah Budiey.

Okay, pada sidang media tadi juga telah diumumkan senarai selebriti yang akan menyampaikan trofi kepada pemenang.

Ada nama yang popular dan ada juga nama yang tak berapa popular yang mungkin korang tak pernah dengar sebelum ini. Jom kita tengok senarai ni:

  1. Amanda Aimani
  2. Basil (FlyFM)
  3. Diana Danielle
  4. Hafiz
  5. Jo-Anna Henley
  6. Liyana Jasmay
  7. Mawi
  8. Prema Yin
  9. Ruffedge
  10. Soo Wincci
  11. Tini Hot FM
  12. Shruthi

Seperti tahun lepas, AIM mewajibkan kesemua hadirin ke acara berprestij ini berpakaian formal atau Black Tie. Jadi, korang yang datang tu, jangan lagi pakai T-shirt ya. Hehe.

Rata-rata penyampai sekarang ini sedang mencari pereka fesyen dan baju untuk dipakai.

Dalam pada itu, Budiey ada ambil gambar beberapa orang penyampai trofi ni di sidang media AIM17. Liyana Jasmay tak nampak pun tadi.

Amanda Aimani

Soo Wincci

Prema Yin

Shruthi

Tini Hot FM

Diana Danielle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adibah Nor & Afdlin Shauki Pengacara AIM 17

Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Zee Avi, Faizal Tahir Nyanyi di AIM 17