in ,

Neelofa Lancar Misi Bantu Mangsa Banjir di Negeri Kelantan, Pahang & Johor

Neelofa melalui Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diasaskannya, melancarkan tabung membantu mangsa banjir di negeri terjejas terutama Kelantan, Pahang dan Johor.

Melalui perkongsian di media sosial, Neelofa merayu orang ramai yang prihatin dengan nasib mangsa banjir menghulurkan sumbangan dengan melayari www.kasihneelofa.org.

Selain itu, Neelofa meminta mangsa banjir dapat memberi maklumat termasuk rakaman video dan gambar agar bantuan boleh dihantar kepada mereka.

“Saya akan semak mesej langsung yang diterima dan cuba usahakan kutipan melalui sumbangan dihulur orang ramai.

“Kami akan cuba beri bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan,” katanya melalui Instagram Story.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza | 22

Letak Wajah Pada Sumbangan Mangsa Banjir, Ada Yang Pertikai Usaha Siti Nurhaliza

Elizabeth Tan | 23

Adaptasi Novel MENCARI KIBLAT CINTA Temukan Husna Mustaffa & Syazuwan Hassan