in

Travel Weekly Asia iktiraf AirAsia sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik

Syabas Budiey ucapkan kepada AirAsia yang telah membawa pulang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik di majlis anugerah sulung 2015 Travel Weekly Asia Reader’s Choice Awards yang dipilih oleh para pembaca peneraju majalah pelancongan tersebut yang terdiri daripada para pemain industri dan mereka yang kerap melancong.

Para pembaca majalah Travel Weekly Asia mula mengundi sejak dari 14 Ogos hingga 25 September 2015 di laman www.travelweekly-asia.com bagi memilih penubuhan dalam industri pelancongan dan hospitaliti kegemaran mereka dalam 31 kategori anugerah yang meliputi syarikat penerbangan, kapal cruise, ke agensi pelancongan dan rantaian hotel.

Mr Logan Velaitham, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura menerima anugerah tersebut bagi pihak Kumpulan AirAsia yang telah dianjurkan malam semalam.

“Bagi pihak Kumpulan AirAsia, kami sangat berbangga dan berbesar hati di iktiraf sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik antara pembaca Travel Weeekly Asia. Setiap anugerah yang diterima adalah bukti kerja keras dan kesungguhan 17,000 AirAsia Allstars (kakitangan AirAsia) di seluruh dunia dan membantu kami untuk membangun produk dan servis dengan lebih baik buat para tetamu kami. Kami ingin berterima kasih kepada semua kerana memilih kami,” Kata Logan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura.

Ini adalah majlis anugerah sulung buat Travel Weekly Reader’s Choice Awards yang diadakan di rantau Asia, adaptasi dari versi anugerah di Amerika yang telah dianjurkan lebih dari sedekad. Travel Weekly Asia Reader’s Choice Award akan dianjurkan setiap tahun kepada ketua industri dalam mengiktiraf servis dan produk yang hebat, diundi oleh para pembaca majalah tersebut.

Irene Chua, Penerbit Kumpulan bagi Northstar Travel Media (Asia) berkata, “Anugerah adalah pengesahan bagi syarikat dalam industri pelancongan dan mengiktiraf kejayaan mereka. Tahniah buat semua pemenang yang sememangnya layak menerima pengiktirafan dari industri. Travel Weekly Asia menghargai para pemain dalam industri pelancongan yang telah membawa perubahan!”

Tahun ini sahaja, AirAsia telah beberapa kali diiktiraf sebagai yang terbaik dalam industri dan menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia oleh Skytrax bagi tujuh tahun berturut-turut, Syarikat Penerbangan Tamabang Rendah Terbaik di Anugerah Business Traveller Asia-Pacific Travel Awards 2015 bagi empat tahun berturut-turut, dan baru-baru ini kumpulan syarikat penerbangan telah menerima Excellence Award di bawah kategori syarikat penerbangan di anugerah Expatriate Lifestyle’s Best of Malaysia Awards. Pada minggu yang sama, AirAsia juga menerima Anugerah SimpliFlying Awards’ Top 3 Best Overall Airline in Asia Pacific apabila anugerah istimewa individu Leadership in Social Media Award telah diberikan kepada Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia mengiktiraf kreativiti AirAsia dan integrasi efektif dalam sosial media dalam keseluruhan pemasaran dan strategi bisnes.

Terus kemas kini bersama promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ada Sebab Ramai Termuntah Gara-Gara Filem JWANITA?

Telemovie PAK DIN MORRIS Lakonan Nazim Othman