in

Ada Sebab Nadzmi Adhwa Takut dengan Haters

Nadzmi Adhwa, seorang selebriti yang terjebak dalam dunia nyanyian dan lakonan. Namanya melonjak sejak membintangi drama bersiri HATI PEREMPUAN.

Ternyata percubaan berlakon dalam drama ini membuktikan kebolehannya sebagai seorang pelakon remaja. Walaupun terpaksa bersaing dengan pelakon lain yang lebih kacak dan berbakat, nama Nadzmi terus konsisten melakar warna di kanvas seni dunia hiburan tanahair.

Dari situ, dia dilamar oleh penerbit dan pengarah untuk drama lain. Kemudian, Nadzmi Adhwa juga mencuba untuk menapak dirinya dalam bidang dunia seni suara dengan mengeluarkan single.

Dari sisi lain, apabila ditanya tentang bahagia dalam hidupnya, dia mengatakan bahagia itu dapat dirasakan apabila mengecap sesuatu impian itu pada masa sama, berjaya dalam bidang yang dilakukan. Sekaligus, berasa bahagia bersama orang tersayang.

Tak terlepas dari haters yang mengkritik lakonannya, ternyata Nadzmi sangat takut dengan haters.

Berikut beberapa soalan ringkas yang mungkin korang tak tahu tentang Nadzmi Adhwa:

  1. What is your favourite journey? – Pengalaman semasa melancong bersama abangnya di Eropah.
  2. Bahagian penampilan tak disukainya? – Saya tak suka punggung besar saya.
  3. Apakah bakat sering anda impikan? – Haha, seriuslah saya mahu sangat jadi penari.
  4. Jika ada satu benda anda nak ubah tentang diri anda yang boleh diubah, apakah perkara itu? – Saya mahu jadi orang yang lebih baik supa saya dapat memberi segalanya terbaik sahaja kepada semua orang.
  5. What is your most treasured possesion? – Jam tangan Hublot saya.
  6. What do you regard as the lowest depth of misery? Buat masa ini, saya tak mempunyai sebarang penyesalan lagi.
  7. What is your most marked characteristic? – Rambut kerinting saya.

Tahun lalu, telah viral sebuah video Nadzmi bersama Ardell Aryana.

Umum mengetahui pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana berkawan rapat sejak pelakon wanita itu dikatakan jatuh sakit.

Terbaharu, Nadzmi memuat naik videonya sedang menyanyi di dalam kereta bersama Ardell di akaun Instagram (IG).

Menerusi entri tersebut, Nadzmi bertanya kepada pengikut IGnya, pernahkah mereka kena ‘friendzone’ (reject bercinta/ berkawan sahaja) dihadapan orang yang disukai.

“Siapa pernah kena friendzone depan depan? Bukan sekali tapi dua kali tau, Taknak dia kata. Orang cakap orang yang mula mula memang taknak nanti dah lama lama orang yang kita taknak la orang yang paling kita sayang,” tulisnya

Dalam video terbabit, Nadzmi telah dua kali cuba ‘melamar’ Ardell sebagai kekasihnya, tetapi malangnya, Ardell menolak bulat-bulat.

“Hai jodoh…kau lah jodoh,” kata Nadzmi kepada Ardell

“Tak nak la..!” jawab Ardell.

Tidak berakhir disitu, Nadzmi kemudian cuba buat kali kedua.

“Aku mahu kamu…” katanya.

“Ehh bongok ea kau! Tak nak laaa..” jawab Ardell sambil ketawa

Rata-rata pengikut mereka terhibur melihat gelagat mereka di dalam video tersebut.

Malah ramai mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertikaian Lagu Sumpah Naim Daniel & Dayana Sudah Selesai

Video Ziana Zain Menahan Tangisan Semasa Nyanyi Lagu BERPISAH JUA Jadi Viral