in , ,

Achey Bawa Watak Pegawai Polis Dalam Telemovie FRONTLINER

Pelawak, Achey, sedih melihat kemelut antara balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh berlanjutan hingga membawa ke mahkamah.

Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah berkata, sepatutnya kemelut antara mereka boleh diselesaikan dengan cara baik.

“Siapalah saya dan Fad untuk masuk campur urusan mereka, sekiranya itu sahaja jalan terbaik untuk menyelesaikannya, kami tak boleh menghalang. Saya dan Fad tak menyokong mana-mana pihak.

“Bagi saya, mereka boleh menyelesaikan segala urusan secara senyap supaya tidak memberi kesan pada orang lain,”

– Achey

Achey Sedih dengan Kemelut Antara Hidayah & Ali Puteh

Namun, Achey berkata, dia percaya perkara yang terjadi boleh menjadi iktibar kepadanya, Fad dan rakan dalam industri hiburan.

“Tak mustahil perkara seperti ini boleh terjadi pada saya, kita ambillah iktibar. Jika boleh selesaikan dengan secara baik supaya semua pihak mendapat penerangan yang adil,”

– Achey

Achey berharap, kemelut itu berakhir dengan baik demi masa depan anak arwah, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

“Saya tak mahu Hamzah membesar dengan masalah ini, kalau boleh saya mahunya mengenali dan rapat dengan kedua-dua keluarga dengan baik.

“Orang luar doakanlah arwah sentiasa tenang di alam barzakh dan kemelut keluarganya berakhir dengan baik,”

– Achey

Terdahulu, Nor Hidayah memfailkan saman ke atas adik iparnya, Ali, baru-baru ini. Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, memfailkan saman balas terhadap Nor Hidayah. Difahamkan, sebutan kes berkenaan akan berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Achey menjawab pertanyaan mengenai kemelut berkenaan ketika ditemui pada sidang media filem televisyen, Frontliner di sebuah restoran di pusat beli belah Publika, baru-baru ini.

ACHEY

Membawakan watak sebagai pegawai polis, Inspektor Nasir, Achey dipuji kerana berjaya menghidupkan watak serius dengan baik.

“Syarikat produksi, D’ Alphalegacy dan pengarah, Ajiboy mahukan saya melakukan watak yang jauh daripada karakter kebiasaan. Saya mengambil cabaran ini apabila didorong isteri dan pelakon, Azhan Rani, Wan Maimunah, Farah Ahmad dan Beto Kusyairy yang juga tunggak utama filem ini.

“Mereka percaya inilah masa untuk pelakon komedi seperti menggunakan ruang dan peluang untuk menyerlahkan sisi saya yang berbeza.

“Saya akui tiada ruang sebelum ini. Peluang kali ini saya cuba membuktikan boleh membawakan watak sedih,”

– Achey

Frontliner adalah naskhah yang diinspirasikan menerusi kisah benar mengenai pengorbanan dan konflik dalaman golongan wira barisan hadapan yang menjadi pejuang benteng utama dalam membendung penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia, ketika ini.

Ia bakal bersiaran menerusi Astro First Eksklusif di saluran 480 pada Oktober ini.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Nafiz Muaz Terpaksa Tunda Nikah Sebab Masalah Kewangan di Musim PKP

Pernikahan Miera Leyana dengan Usahawan Rosland Direstui Keluarga