in , ,

Pelakon Nafiz Muaz Terpaksa Tunda Nikah Sebab Masalah Kewangan di Musim PKP

Pelakon Nafiz Muaz terpaksa menundakan tarikh pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada bulan ini disebabkan masalah kewangan berikutan tiada tawaran berlakon selama lima bulan sepanjang tempoh Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelakon yang terkenal menerusi drama Semua Salahku itu bagaimanapun bersyukur kerana PKP yang kini memasuki fasa pemulihan telah membuka semula peluang kepada dirinya untuk kembali bekerja.

“Pandemik Covid-19 yang melanda negara menyebabkan saya tiada tawaran berlakon selama lima bulan.

“Jadi saya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan,”

– Nafiz Muaz

Pemilik nama Muhd. Nafiz Muaz Mat Nasir, 23, itu membe­ritahu, dia bersyukur kerana pe­rancangannya untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya, Diyana Omar, 28, yang juga ahli perniagaan tetap diteruskan, namun ditunda pada Disember ini.

“Insya-Allah, ikut peranca­ngan, kami akan bergelar suami isteri pada Disember nanti, tetapi kalau ada masalah pada tarikh itu, ia mungkin ditunda pada Ja­nuari tahun hadapan.

“Saya mohon peminat mendoakan kelancaran majlis kami nanti. Hari bahagia itu memang sudah lama saya nantikan,”

– Nafiz Muaz

Jelas Nafiz, dia berazam untuk mengumpul semula wang untuk perbelanjaan perkahwinannya yang akan berlangsung kira-kira empat bulan lagi.

“Saya bersyukur keluarga Diyana amat memahami situasi saya pada ketika ini,”

– Nafiz Muaz

Berbicara lanjut mengenai bakal isterinya itu, Nafiz ber­syukur kerana dipertemukan de­ngan seorang wanita yang sangat memahami diri dan kerjaya se­ninya.

“Dia banyak memberi soko­ngan moral selain membantu mengubah diri saya menjadi individu yang lebih baik. Saya ya­kin dia akan menjadi isteri yang baik,”

– Nafiz Muaz

Terdahulu, kisah cinta pasa­ngan itu bukan lagi rahsia apabila Nafiz kerap memuat naik gambarnya bersama Diyana di dalam akaun Instagramnya.

*Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser Kolon

Achey Bawa Watak Pegawai Polis Dalam Telemovie FRONTLINER