in , ,

Achey & Nabil Sumbang RM15,000 Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, dua orang pelawak, pengacara dan pelakon popular, Nabil Ahmad dan Achey telah bekerjasama dengan syarikat SugarBomb dengan menyumbang sebahagian daripada hasil jualan produk wangian badan dan pewangi kereta sebanyak RM15,000.

Pengurus Besar SugarBomb Worldwide, Kanumbu Agussalim berkata, pihaknya memang membuat peruntukan untuk disumbangkan setiap tahun bagi setiap hasil jualan daripada produk-produk Sugarbomb, termasuk Edisi SugarBomb X Achey dan juga Edisi SugarBomb X LuP’K bagi program yang bertemakan kesedaran kanser.  

“Tahun ini, SugarBomb bersetuju untuk menyumbangkan hasil tersebut kepada program UPM-MAKNA CANRES Open Day.

“Sumbangan ini adalah titik permulaan program CSR syarikat kami dalam bidang kanser dan berhasrat untuk terus menyumbang dalam penyelidikan kanser pada masa hadapan,”

– Kanumbu Agussalim
nabil achey

Kerjasama Nabil bersama SugarBomb telah bermula sejak sembilan bulan lalu dalam menghasilkan produk wangian. Manakala, kerjasama bersama Achey bemula sejak bulan Julai yang lalu.

Semasa pelancaran produk wangian mereka pada bulan Julai 2020, pihak syarikat SugarBomb sudah menyatakan hasrat untuk menderma hasil daripada jualan produk ini sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab social korporat syarikat (CSR). 

Selain itu, selari dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara, saban tahun SugarBomb menghasilkan wangian yang bertemakan Pinktober untuk menyatakan hasrat dan sokongan pihak syarikat kepada semua pihak yang terlibat dalam agenda kanser.

Ia tidak hanya terhad kepada pesakit, ahli keluarga, ahli perubatan yang merawat dan ahli penyelidik yang sentiasa berusaha mencari penawar penyakit ini. 

Dalam pada itu, Bersempena dengan Sambutan Bulan Kanser Payudara Oktober, Makmal Penyelidikan kanser UPM‑MAKNA (CANRES), Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Program CANRES Open Day pada 13 Oktober 2020.

Projek berkenaan adalah hasil kolaborasi bersama ahli penyelidik CANRES, pihak pengurusan Institut Biosains, dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Program CANRES Open Day ini dirancang sebagai titik permulaan pendedahan penyelidikan kanser yang kini dijalankan di Universiti Putra Malaysia kepada ahli NGO dan juga orang awam.

Program ini akan dijalankan secara berterusan mulai Oktober 2020 dan CANRES bersedia untuk menerima permohonan orang awam untuk mengadakan lawatan berkumpulan. 

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bubblebee Terpaksa Tutup 4 Cawangan, Reputasi Terjejas Setelah Disiasat SPRM

Berdasarkan Khabar Angin, Ini Perbezaan Utama Antara iPhone 12 vs. iPhone 11