in , ,

Acara Apple Berlangsung Pada 15 September Bakal Umum iPhone 12

Apple hari ini mengumumkan sebuah acara khas yang bakal diadakan pada 15 September kelak. Acara yang ditunggu-tunggu ini diramal sebagai acara pelancaran beberapa barisan produk termasuk iPhone 12.

Menerusi halaman Apple Event, Apple kini mengumumkan satu acara khas akan berlangsung pada 15 September 2020, 10AM PDT 16 September 2020 1:00 am waktu Malaysia) bertempat di Apple Park, California.

APPLE

Apple masih belum mengumumkan produk teknologi apa yang bakal diperkenalkan, namun rata-rata sumber menjangkakan pengenalan siri iPhone 12 dan Apple Watch Series 6. Untuk pengetahuan anda, siri iPhone 12 yang bakal hadir pada tahun ini adalah menarik kerana ia dikatakan memiliki empat model; iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci.

IPHONE 12 APPLE

Selain iPhone, produk lain yang mungkin dilancarkan ialah Apple Watch Series, new iPads, Macbook Air, Air Pods Studio, AirTags, HomePod. Tagline event kali ini ialah TIME FLIES.

Dalam acara khas itu, Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 12, Apple Watch baharu dan tarikh kemaskini bagi iOS 14. Berbanding tahun sebelumnya, acara ini berlangsung sedikit lewat pada tahun ini.

TIME FLIES APPLE

Apple dijangka akan mengumumkan sejumlah produk baru pada acara berkenaan. Sekiranya mengikut jadual pelancaran tahunan, Apple sering memperkenalkan iPhone terbaharu pada acara bulan September mereka.

Disamping itu, Apple turut dijangka mengumumkan beberapa peranti lain, termasuk Apple Watch.

Dalam pada itu, ciapan Mark Gurman di Twitter menyatakan Apple mungkin tidak akan mengumumkan iPhone 12 sehingga Oktober.

APPLE

Sehingga itu, nantikan pengumuman rasmi dari Apple pada 16 September, 1 pagi mengikut waktu Malaysia. Bagi anda yang ingin menonton acara khas ini, penstriman boleh dilakukan melalui Apple Event.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 15 September ini untuk melihat kejutan yang disediakan oleh pihak Apple. Acara ini turut akan ditayangkan secara langsung melalui web.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pavithra Serah Surat Rasmi Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

Sya Catat Sejarah Jadi artis wanita pertama di Bawah Def Jam Asia Tenggara