in ,

Pavithra Serah Surat Rasmi Tarik Balik Dakwaan Dipukul Suami

IPOH, 8 Sept — Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan telah menerima surat rasmi daripada Youtuber masakan, S.Pavithra untuk menarik balik pertuduhan terhadap suaminya, M. Sugu.

Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman berkata pihaknya telah menerima surat tersebut Jumaat lalu namun belum ada sebarang keputusan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri sama ada untuk meneruskan prosiding atau sebaliknya.

Sugu, 29, seorang bekas pekerja ladang, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan di bahagian bibir, pipi sebelah kiri dan lengan kanan isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, antara jam 4 hingga 6 petang, 21 Julai lalu.

Selain itu, Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sentimeter kira-kira jam 6 petang pada tempat dan tarikh sama.

Pada prosiding hari ini, Sugu diwakili peguam Jude Pereira dan Syahrul Nizam Mohd Rabi.

Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir kemudiannya membenarkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 17 Sept ini.

— BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fazura & Fattah Pilih Untuk Berahsia, Tiada Baby Shower, Gender Reveal, Tiada Akaun IG

Acara Apple Berlangsung Pada 15 September Bakal Umum iPhone 12