in ,

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana

SUDAH 23 tahun setiap 31 Ogos diraikan sebagai Hari Kemerdekaan Malaysia dan pada tarikh itu juga mengingatkan kita kepada `hari sedih`Britain yang membebaskan negara ini kerana mereka kehilangan tokoh yang banyak menggembalikan kegemilangan sistem monarki Britain, mendiang Puteri Wales, Lady Diana Frances Spencer.

Permaisuri di hati rakyat, Diana terbunuh bersama teman yang sepatutnya menjadi jodohnya, Dodi Fayed dalam tragedi nahas kereta di terowong cinta selepas menikmati makan malam di kota cinta, Paris pada 31 Ogos 1997. Dia berusia 36 tahun.

Maut menjemputnya ketika dia dalam perjuangan membina kembali kehidupan selepas bercerai dengan lelaki berkuasa di dunia, Putera Mahkota Britain, Putera Charles yang negaranya pernah menjajah 100 negara komanwel. 

Diana
Lady Diana Frances Spencer akan dikenang sebagai wanita kekal muda selamanya.

Manusia mati meninggalkan nama yang baik dan sebagai memperingati ulang tahun ke-60 bonda mereka, dua puteranya yang kini sudah menjadi suami kepada wanita bertuah memilih mengingati Diana dengan cara yang unik.

Maka satu ukiran patung yang sama saiz dengan Diana, Princess of Wales akan dibina di sebuah taman bunga, dijangka siap dibina pada 1 Julai 2021. Patung itu dibiayai oleh dua anak lelaki kesayangannya, Duke of Cambridge, Putera William dan adindanya, Harry Duke of Sussex.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana
Tamansari Sunken @ Sunken Garden di Istana Kensington yang akan ada satu patung Diana tahun depan.

Jurucakap Istana Kensington berkata, kerja seni ukir itu dibiayai oleh kedua-dua puteranya sejak 2017 lagi sempena 20 tahun kematian Diana sebagai ‘pengiktirafan ke atas kesan positif`yang ditinggalkan oleh bonda mereka.

Beliau berkata, seni ukir Diana itu tertangguh disebabkan wabak Covid-19 dan jika keadaan kembali normal, binaan itu akan dibuka kepada umum bertempat di Tamansari Sunken (Sunken Garden) pada tahun depan (2021). 

Sebelum ini Taman Memorial itu dikenali sebagai White Garden (Tamansari Putih) juga di Istana Kensington untuk memperingati ulang tahun ke-20 kematian Diana. 

Ukiran itu hasil kerja tangan pengukir Ian Rank-Broadley yang bertanggungjawab melakar wajah Ratu Elizabeth yang tertera di mata wang yang kini digunakan di seluruh United Kingdom. Maklumat lanjut dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Kedua-dua putera itu berharap seni bina kekal itu akan mengingatkan pelancong yang melawat Istana Kensington tentang kehidupan dan legasi yang ditinggalkan oleh mendiang Diana yang menyentuh jutaan penduduk di seluruh dunia dari saat perkahwinan dan kematiannya. Hampir 1 billion melihat Diana berkahwin dan saat kematiannya.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana
Diana meninggal dunia ketika Putera William and Harry berusia 15 dan 12 tahun.

Sebelum ini banyak memorial sudah dibina di London untuk meraikan kehebatan Diana termasuk Diana Memorial Playground di Kensington Palace, the Diana Memorial Fountain di Hyde Park dan Diana Memorial Walk di Istana St James’s.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana

Walaupun 23 tahun berlalu, misteri kematian Diana dan Dodi Fayed serta pemandu kereta mereka masih misteri. Ini kerana terlalu banyak sangat teori konspirasi dan laporan yang dikemukakan oleh ejen rahsia Britain juga tidak diterima oleh sebahagian masyarakat dunia. 

Antara alasan punca Diana ‘dibunuh’ kerana jika dibiarkan Diana terus berkahwin dengan Dodi, berbillion warga dunia yang memujanya akan memeluk Islam.

Apapun kematian Diana tidak menyekat perkembangan Islam di Britain dan Eropah bila berlakunya wabak Covid-19. Dunia menerima aturan Islam sebegitu pesat sehinggakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Presiden Republik Rakyat China dan Ratu Elizabeth serta kerabatnya dilaporkan berangkat mendengar bacaan al-Quran.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana
Perkahwinan dongeng yang berakhir dengan perceraian. – Kredit gambar: Diana Biography.com

Kisah perang, pengkhianatan, pembunuhan, tragedi dan kematian yang direncana mewarnai setiap empayar dunia termasuk Britain yang beratus tahun hikayatnya, dibina dengan darah, peluh dan kisah cinta istana. 

Paling termasyhur adalah kisah cinta Raja Henry VIII (28 Jun 1491 – 28 Januari 1547) yang memerintah England dari 1509 hingga kematiannya pada1547 yang mempunyai enam isteri.  

Ada antara isterinya dipancung atas alasan berkelakuan sumbang. Sebalik ia lebih kepada cara mudah untuk membubarkan perkahwinan untuk dia berkahwin semula.

Malah Raja Henry bersama isteri keduanya, sanggup membelakangi ketua gereja di Rom untuk mengatur undang-undang agamanya dengan melantiknya sebagai ketua agama gereja England untuk membolehkan dia berkahwin dengan Anne Boleyn, perempuan simpanannya yang gilakan kuasa.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana
Ini antara teori Diana dikatakan dibunuh dalam van ambulan.

Dan mutakhir ini seakan kisah tragedi dalam monarki itu berulang semula bila konflik cinta tiga segi yang memusnahkan kehidupan Diana-Charles, anak beranak dan ipar-duainya, malah seluruh sistem kerajaan negara itu. 

Kisah bermula dengan kematian Diana yang dianggap ‘sekuntum mawar yang mengharumkan’ England, nyanyian Sir Elton John untuk membolehkan Putera Charles mengahwini gundiknya, Camilla.

Itu dakwaan Diana yang mendakwa seseorang sedang merancang kemalangan kereta untuk ‘membunuhnya’. Bagaimanapun tekaan Diana cuma tersasar yang mendakwa bekas suaminya akan berkahwin dengan pengasuh anak-anaknya, Tiggy Legge Bourke, sebaliknya Camilla yang dianggap dijadikan ‘umpan’ yang jadi isterinya.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana
Sama takdir…Edward VIII, kemudian bergelar Prince Edward, Duke of Windsor (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David; 23 Jun 1894 – 28 Mei 1972) turun takhta kerana cintakan janda dari AS. Sama dengan Harry. 

Sementara itu, seakan karma yang pahit, kini anak bongsu Diana, Harry pula enggan menjadi sebahagian daripada sistem kerabat diraja dan sanggup mengambil keputusan ‘mengasingka’ diri bersama isterinya seorang janda dari Kanada, Meghan Markle. 

Harry terkena ‘sumpahan cinta’ sebagaimana mendiang datuk saudaranya, King Edward yang ‘buang diri’ ke Perancis selepas berkahwin dengan janda dari Amerika, Willis Simpson. 

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana
Kata-kata Diana. Dari blog My Princess Diana.

Walaupun Harry tidak lagi bergelar yang mulia putera, kemashyuran legasi Diana mungkin akan kekal untuk beberapa dekad lagi terutama apabila Putera William akan mengambil alih takhta daripada Putera Charles.

Charles yang kini kian dimamah usia tua dan kemungkinan besar dia tidak mampu berfungsi dengan baik kerana golongan usia 70 tahun di Britain kini dianggap sangat mudah terdedah pada ancaman maut akibat Covid-19.

Ini Yang Berlaku Selepas 23 Tahun Dunia Kehilangan Puteri Diana
Diana suka menari. Ini bersama John Travolta. – Kredit imej: Getty

Akhbar utama negara itu juga melaporkan Ratu Elizabeth sudah tidak bersedia lagi untuk kembali ke Istana Buckingham selepas beberapa pekerja istana didapati positif dijangkiti beberapa kes Covid-19 termasuk Putera Charles.

Sumber: KitaReporters.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mus May | 23

Ahli Kumpulan Tak Puas Hati, Mus Dilarang Menggunakan Nama MAY

Ikmal Amry Blue | 24

Absolut Management Perkenal 10 Selebriti di Bawah Pengurusan dengan Pelbagai Keistimewaan