in ,

ABPHBH 3.0 Ditonton 5.2 Juta Penonton

Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 30) membuktikan bahawa Fattah Amin sememangnya ialah ‘Bintang Paling Popular’ di Malaysia, apabila aktor kegemaran ramai ini berjaya meraih Anugerah Bintang Paling Popular pada Ahad lepas. Fattah turut memenangi kategori Pelakon TV Popular dan dua lagi kategori online iaitu Artis Sensasi dan Gandingan Serasi Dalam Drama bersama Neelofa.

ABPHBH 3.0 CECAH 5.2 JUTA PENONTON!

Disiarkan secara langsung di TV3 pada 14 Mei yang lepas, malam kemuncak ABPBH 30 yang bertemakan ‘futuristik’ ini telah mencecah jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 5.2 juta (12.9 TVR) dengan purata 2.7 juta penonton atau 46.3% syer penonton ketika tayangan ABPBH secara langsung di TV3 bermula dari jam 9.00 malam hingga 12.00 tengah malam (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Acara Karpet Merah ABPBH3.0 yang disiarkan secara langsung di TV9 dari jam 8.30 malam hingga 9.00 malam pula berjaya meraih jumlah penonton tertinggi (peak) sebanyak 1.5 juta (3.7 TVR) dengan purata 800, 000 penonton atau 12.7% syer penonton (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Selain menonton secara langsung di TV3, keseluruhan acara yang bermula dengan Karpet Merah ini dapat ditonton di laman web rasmi ABPBH 30 iaitu (www.abpbh.com.my) dan juga melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Rekod juga menunjukkan lebih 42,000 penonton telah menyaksikan ABPBH 30 secara online di laman web rasmi manakala tontonan di laman web tonton yang berdefinisi tinggi pula sebanyak 66,000 penonton dari seluruh dunia. Sementara itu, siaran langsung di laman Facebook tonton pula seramai 46,000 penonton.

Fattah Amin menyandang gelaran Bintang Paling Popular

Di laman sosial Twitter pula, #abpbh30 merupakan topik perbualan seluruh Malaysia sehingga berjaya menjadi trending nombor satu! ABPBH 30 turut menampilkan Fauziah Ahmad Daud, Faizal Ismail dan Zulin Aziz sebagai hos untuk malam anugerah, manakala Karpet Merah Pop TV pula dikendalikan oleh Nana Mahazan dan Nabil Mahir.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi kategori utama dan online yang telah dipertandingkan:

Kategori Utama

Kategori Pemenang
Bintang Paling Popular Fattah Amin
Penyanyi Lelaki Popular Khai Bahar
Penyanyi Wanita Popular Siti Nordiana
Artis Duo/Berkumpulan Popular Akim & The Majistret
Artis Baharu Lelaki Popular Khai Bahar
Artis Baharu Wanita Popular Sweet Qismina
Pelakon Filem Lelaki Popular Zul Ariffin
Pelakon Filem Wanita Popular Fazura
Pelakon TV Lelaki Popular Fattah Amin
Pelakon TV Wanita Popular Janna Nick
Artis Komedi Popular Zizan Razak
Pengacara TV Popular Neelofa
Penyampai Radio Popular Radin (Era FM)
Artis Versatil Popular Ifa Raziah

 

Kategori Online

Kategori Pemenang
Gandingan Serasi Drama Neelofa & Fattah Amin
Gandingan Serasi Filem Syamsul Yusof & Nabila Huda
Personaliti Media Sosial Si Makhluk Macho
Artis Berpengaruh Laman Sosial Neelofa
Artis Sensasi Fattah Amin

Kru penerbitan ABPBH 29 diketuai oleh Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Khalijah Mohamed selaku Penerbit Eksekutif dan Roslina (Ayong) Abd Rahman sebagai Penerbit ABPBH 30 dari Primeworks Studios.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan www.abpbh.com.my serta ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Para penonton juga boleh menyaksikan program ini melalui strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The University Of Cambodia Unveils The Tony Fernandes School Of Business

Datuk Nassier Wahab Dapat Banglo, Dilantik Duta DBI Technology