in

Abby Abadi Rawat Luka Terpendam Ke China Bersama Zulkifli Ariffin?

Sekurang-kurangnya luka di jiwa Abby terubat dengan adanya teman baru, Zulkifli Ariffin di sisi. Semoga Abby cepat sembuh dan kuatkan semangat. Biar Norman Hakim makan hati. Balas dendam la ni ek?

HULU KLANG: “Jangan salah sangka dengan pemergian kami ke keluar negara. Kami ke Guangzhou, China, minggu lalu untuk meninjau peluang perniagaan. Sudah lama saya bercadang hendak berniaga barangan fabrik dari sana. Saya bercerita dengan Abby hasrat itu, tak sangka pula dia berminat,” ulas Zulkifli Ariffin, 23, atau Zul Ariffin, mengenai pemergiannya bersama Arbaeyah Abdul Manan, 31 atau Abby Abadi ke China, baru-baru ini.

Menurutnya, jika ada yang menuduh dia dan Abby pergi bersuka ria di sana, di tanah air pun mereka boleh berbuat demikian.

“Tidak perlu pergi sampai ke luar negara. Tetapi kami pergi ke Guangzhou untuk meninjau peluang perniagaan. Baru hendak tengok barang apa yang boleh diniagakan, kualiti barangan dan harganya. Di sana terlalu banyak pilihan. Saya tak berani hendak cakap lebih mengenai hasrat kami kerana baru pada peringkat merancang. Tak tahu bila perniagaan itu akan dimulakan,” katanya yang ditemui pada pelancaran filem Evolusi KL Drift 2 di Finas di sini, semalam.     

Katanya, dia dan Abby ditemani abang angkat dan seorang rakan yang mempunyai hubungan rapat dengan ahli perniagaan di Guangzhou. Mereka ke sana selama enam hari iaitu 16 hingga 22 Januari lalu.

“Bagaimanapun, kami balik berdua kerana abang angkat dan rakannya meneruskan perjalanan ke Beijing dan Hong Kong untuk melihat barangan fabrik lain,” katanya yang terpaksa balik dulu bersama Abby. Ini kerana dia perlu menghadiri pelancaran filem Evolusi KL Drift 2 hari ini (semalam) manakala Abby pula menyambung penggambaran drama.

Sebenarnya, Zul berkata, mereka ke Guangzhou langkah kiri’ kerana kedai banyak ditutup berikutan masyarakat Cina sibuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina.

“Kalau ada kedai dan premis perniagaan yang dibuka pun, tutup seawal jam 5 petang. Jadi saya bercadang ke sana lagi tetapi kali ini mungkin Abby tidak pergi kerana dia terikat dengan jadual penggambaran,” katanya.

Ditanya bagaimana Abby berminat menyertai perniagaan itu, jelasnya, sebelum berkenalan dengan Abby, dia memang bercadang berniaga dalam bidang fabrik. Baru-baru ini, Zul bercerita mengenai hasrat berkenaan kepada bekas isteri Norman Hakim itu yang menunjukkan minat demi masa depan anak.

“Jadi saya fikir apa salahnya, jadi kami pergi meninjau dulu jenis barangan yang boleh diniagakan di sini.  Saya tahu apabila ada pihak mengetahui kami ke luar negara pasti ada membuat tanggapan bukan-bukan. Saya tak kisah orang hendak kata kerana saya tahu niat dan apa yang saya lakukan. Kalau asyik mendengar cakap orang, saya tak akan ke mana dan hidup saya tidak akan berubah,” katanya.

Zul menyatakan tiada niat untuk menyembunyikan pemergian mereka ke China daripada sesiapa.

“Namun, masih ada yang musykil kenapa kami lewat pulang ke tanah air sehingga menyangka kami cuba mengelak daripada diketahui umum. Kami pergi dan balik mengikut tiket yang sudah ditempah dengan syarikat penerbangan, cuma ketika hendak balik jadual penerbangan tertunda dari jadual asal iaitu sepatutnya berlepas pada jam 8.45 malam dan tiba jam 12 tengah malam. Disebabkan kelewatan itu, penerbangan kami sampai pada jam 1.30 pagi semalam (22 Januari). Selepas itu terpaksa tunggu bagasi dan sementara tunggu kakak saya sampai, kami melihat-lihat barangan di kedai di balai ketibaan.

“Sebab itu kami keluar lambat dari balai ketibaan. Bukan kami sengaja menangguhkan jadual balik dan bersembunyi dengan alasan mengelak orang tahu mengenai kepulangan kami ke tanah air,” katanya. Menyentuh hubungannya dengan Abby yang semakin rapat, Zul tetap menegaskan mereka cuma berkawan. Dia juga dilihat sering memandu kereta Abby, Honda Stream putih.

“Bagi saya soal pandu kereta Abby itu perkara remeh. Saya akui ada kala saya segan dan takut mengenangkan pandangan masyarakat terhadap saya. Terfikir juga alangkah bagus jika kerjaya saya menjadi fokus utama. Tetapi kerana saya memilih menjadi anak seni, terpaksalah terima. Selagi saya berada dalam dunia glamor, selagi itulah orang akan bercakap mengenai saya. Kini saya semakin lali dengan kata-kata orang,” katanya.

Dia kini terpaksa menerima hakikat kesannya apabila menjadi orang dikenali, termasuk cerita baik atau sebaliknya.

“Namun, tanpa publisiti orang tidak tahu kewujudan saya dalam bidang seni,” katanya.

21 Comments

Leave a Reply
  1. salam….saya sokong abby……..walaupn mcm2 citer tp saya percaya klu abby nk bt jahat dah lama kerna berlakikan lelaki yg kaki perempn…….dan saya dpt rasa peritnya abby tangung semuanya walaupn kelihatan abby ceria namun di hati kecil masih tersimpan kepedihan……mgkin kehadiran zul tu memberi sokongan dlm hidup…kadang2 wanita perlukan sokongan dan semangat kekuatan tuk hidup……..saya fhm situasi kak abby……saya doakan kat abby cekap dlm hidup ,berhati2 dgn keadaan sekeliling …sayang abby abadi

  2. if Norman before cerai dah pun gatal cari pompuan lain, then is it a big sin for Abby to get his replacement ‘after’ their divorce?
    Abby pun perlukan love & attention from a guy…which she’s been longing for since Norman left her when she was still preggy with their 3rd one…
    apa2pun, at least, Abby tak di tangkap khalwat & curang like Norman.

    Go Abby, i support u all the way babe =)

  3. kawan jer lah…tak salah ape pun. dah habis edah kawin trus pun tak salah. zul hensem…napela ko tak suka aku kay?

  4. susah betul jd artis nie kan?? semua cerita org nak ambik tau….lantak die la nak kuar ngan sesape pun asal x kaco laki org cam simemeh tu…..

  5. Senang cakap… tiga tiga salah..

    Norman tak tahu jaga isteri..

    Abby tak tahu jaga suami..

    Memey tak tahu jaga diri..

    Dan Zul pulak mengunakan Abby sebagai batu loncatan untuk mendapat publisiti ….

    Abby masih dlm eddah dah pergi kluar negara dgn Zul dan sanggup tinggalkan anak no.3 (baby) yg masih kecik lagi.. !

  6. secara psikologi pompuan yg tgh ngandung n lepas melahirkan..emo dia satu mcm..org lelaki n pompuan yg tk pernah ngandung n org yg tk melalui episod tuh bole la ckp….kt opis aku nih..ada satu guy tu main cinta ngan pompuan lain sebab konon bini dia selekeh n baran..tp bole plak ada anak sampai 5 org..porah…bullshit..can u imagine..itu saja ke jln penyelesaian dia ? bole carik pompuan lain..aku bukan sokong si abby tuh..tp actually bila dia dlm situasi tuh..(while pragnant till deliver..norman pi main cinta ngan other girl) perasaan dia mestilah marah, kecewa, cemburu, tergugat n rasa tercabar..kalu tk kuat semangat bole gila meroyan.. ( kt kampung aku ada sorang kakak tu jadi gila sebab org kg citer yg laki dia ada bini baru dimana laki dia dah kena tangkap basah ngan pompuan tu..) bila dia dah bercerai ngan laki dia, kebetulan si zul ni dia dah kenal cause berlakon dlm drama yg sama..bila si zul ni beri perhatian..dia rasa ” bole release..” so layan jer la..at least n at the same time dia dpt balas dendam kt norman..konon2 dia pikir “menang seri” walaupun dia sedar atau tk sedar yg perbuatan dia tk ada manafaat utk dia ( kira bodoh gak la )n norman tk rasa rugi apa2 pun..cuma kalo dia buat tu sebab nk puaskan hati atau lepaskan geram..kalo aku tunggu habis edah la..pastu kita pun apa lagi….JALANKAN RANCANGAN..asal jgn sampai kena tangkap khalwat cam norman n memey..whatever is..at least abby n zul baik sikit dr norman n memek..tp aku rasa yg tukang komen sini paling baik la..bab agama pun pandai..konpem tk pernah buat salah or dosa ye tak..? hu hu..tepuk dada tanya dlm hati….

  7. tak kisah lah abby nk kuar dgn sapa pun…
    skrgnya dia kuar dgn l’laki lain stlh bcerai…
    b’bndg dgn norman yang siap kna tngkp basah tp xnak
    mgaku ada hbgn dgn m.. tp skrg dah nk kwin pula…
    so,abby truskn hdp n jga ank2…

  8. humrhhh….. kak abby.. i rase yg kak abby
    memang patot cari yg laen pon..
    tengok norman wat kak abby cam 2..
    cian sangat tengok akak.
    and.. teros en idop cam besa.. jangan
    cedey2..

  9. # Obefiend kata:
    January 26th, 2009 at 11:00 pm

    hhahah

    stop being apologists for abby. she is craving for a screw…

    syazleen kata :

    Yupe. That’s true….. Abby is a slut. Wakakakaka………

  10. tak kiralah kan apa orang kata pasal abby. kalau nak curang or dapat lelaki muda, dia takkan tunggu sampai ada anak 3. org yang blm kawin ni, mana paham. cakap suka ati je. teruskan pjuangan hidup abby. cari duit banyak2. tak usah peduli cemuhan orang.

  11. kalau nak dating skali pun apa salah nye..boleh merawat luka di hati..saya akan menyebelahi kak abby…hoyehoye

  12. A’kum abby.slmt mlm,abby jgn sdh ye.abby kna kuat semangt yg bru.abby buang yg keruh dan ambl lh yg jerh.sy dri dulu smpai selama2nya pemint abby..kte ada jodoh tk ke mana gurau je lh abby he..he..he…bru nmpk abby senym

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Program TV Menarik Sempena Tahun Baru Cina di TV3

WISHING YOU A PROSPEROUS CHINESE NEW YEAR ONLY ON 8TV!