in , ,

Filem ABANG LONG FADIL 3 Raih Kutipan RM18 Juta Dalam Tempoh 11 Hari 

Filem komedi aksi Abang Long Fadil 3 terbitan Skop Productions dan Astro Shaw berjaya meraih kutipan RM18 juta dalam tempoh 11 hari. 3

Wakil Penerbit Abang Long Fadil 3 dan merangkap Pengerusi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, 

“Alhamdulillah atas sambutan yang memberangsangkan ini. Menerusi platform sosial media serta tinjauan pihak kami menerusi siri jelajah Abang Long Fadil 3 (road tour) baru-baru ini, kami mendapati rata-rata penonton filem ini yang hadir ke pawagam adalah dari golongan keluarga. 

Saya dan rakan penerbit Astro Shaw ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menonton filem arahan Syafiq Yusof dan kami harap bagi yang belum menonton filem ini agar tidak lepaskan peluang untuk menyaksikan serta berhibur dengan Abang Long Fadil 3,”

Rm18 Juta

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 

Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. 

Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Blackpink 2020 | 17

Ini Cara Spotify Raikan Album Baharu BLACKPINK ‘BORN PINK’ 

Fesyen Travel Trending | 18

Selangor Tourism Kini Mahu Meluaskan Wilayah Baru di Pasaran Eropah