in , ,

A. Nayaka Lancar Single WAKTU TIBA Entri Diari Buat Diri Yang Hilang

“Waktu Tiba”, Entri Diari A. Nayaka Mengenai Cinta kepada Diri Sendiri Yang Pernah Hilang

Single barunya “Waktu Tiba”, yang diterbitkan oleh SonaOne, rakan lama Nayaka yang juga seorang produser menterjemahkan kesedaran ini dalam trek dwibahasa, yang pertama untuk Nayaka. Tampak jelas lagu ini menyoroti kisah silam Nayaka, pengenalan tentang dirinya dari akar umbi ditekankan dalam lirik lagu – melenyapkan perasaan ketidakselesaan terhadap diri sendiri yang dialami ketika berada dalam hubungan romantis.

ANayaka-WaktuTiba-SingleCover-FA (1)

Bermula dengan kord gitar yang sederhana, lagu itu kemudian melantunkan lirik Nayaka – yang menyatakan bahawa sudah tiba masa untuk pasangannya pergi. Kata-katanya seiring dengan sikap seseorang yang tidak lagi ambil peduli tentang perkara indah yang pernah dialami ketika sedang hangat bercinta, ditambah dengan hasil kerja SonaOne yang mantap membuatkan kita terfikir – wujudkah cara yang ‘terbaik’ untuk memutuskan hubungan?

“Saya selalu membayangkan lagu seperti ini untuk Nayaka tetapi tidak pernah berpeluang untuk berkongsi idea itu. Selepas mengharungi satu malam yang panjang di studio dengan tidur yang tidak cukup, keesokan harinya ketika kami kembali bekerja, kami tahu apa yang harus dilakukan, dan selebihnya adalah sejarah,”

– SonaOne

Video muzik animasi lagu ini diarahkan oleh Eddie Edzuan dan direka oleh Cwnddien dari 33.3 Studios, di kala krisis wabak Covid-19 melanda dan terdapat kekangan untuk melakukan perjalanan.

Naratif yang berulang dalam video muzik ini membangkitkan semangat untuk membebaskan diri dari kesuraman yang Nayaka alami dalam hubungan masa lalunya, meskipun masih dihiasi palet warna yang ceria.

Nayaka ingin memecahkan halangan di Indonesia dalam menghasilkan lagu-lagu berbahasa Indonesia-Inggeris yang berkualiti tinggi.

“Saya percaya itu adalah langkah seterusnya dalam evolusi saya sebagai pemuzik. Menulis lagu dwibahasa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi melakukannya sambil menjadikan lagu itu menarik lebih mencabar,”

– Nayaka

Nayaka telah menyahut cabaran ini dengan “Waktu Tiba”, menyampaikan emosi kompleks yang disalurkan di dalam busur, menunggu masa untuk dilepaskan oleh telapak tangan.

Perjalanan yang ingin dikongsi adalah “Waktu Tiba” mendorong kematangan diri – Bukan hanya untuk ketika hari esok tiba, tetapi juga untuk hari ini dan sekarang.

Tunggu apa lagi. Strim “Waktu Tiba” A. Nayaka sekarang di semua platform digital: XXXX

Profil A. Nayaka

Rapper muda ini dilahirkan di Jakarta pada 2 Ogos 1994 dengan nama penuh Ariel Nayaka. Masa remajanya dihabiskan di bandar Houston, Texas, Amerika Syarikat, di mana minatnya kepada muzik hip-hop bermula. Walaupun pernah terlibat dalam muzik rock, hip-hop tetap menjadi pilihannya hingga sekarang.

Karier A. Nayaka dalam industri musik rap dan hip-hop bermula dengan album “Curriculum Vitae” yang dilancarkan pada tahun 2016. Kemudian pada tahun 2017, dia melancarkan mini album “Colorblindflo” yang mengandungi 6 buah lagu berjudul “Escape”, “Powder Pablo”, “For Real Williams”, “Midas Touch”, “Hunnid MF” dan “Hunnid On Dash ”. Manakala albumnya berjudul “Cadence Blue” (2018) menerima pencalonan bagi “Album of the Year” dalam Indonesia Music Awards 2018.

Pada tahun 2019, A. Nayaka secara rasmi bergabung dengan Def Jam South East Asia, salah satu label rakaman di bawah Universal Music Group khusus untuk wilayah Asia Tenggara. Def Jam merupakan label muzik hip-hop yang sangat terkenal di Amerika Syarikat dan sering menerima dan merekrut pemuzik hip-hop dan rapper terkenal seperti NAS, A Tribe Called Quest, Big Sean dan Kanye West.

A. NAYAKA

YouTube: A. Nayaka

Facebook: https://www.facebook.com/nayakamusic/

Instagram: @arielnayaka

Twitter: @ArielNayaka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Buka Kotak & Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple

Pembaca Berita Wan Chik Daud Meninggal Dunia