in ,

Pembaca Berita Wan Chik Daud Meninggal Dunia

Pembaca berita legenda, Wan Chik Daud menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Lembah Keramat, di sini hari ini.

Allahyarham menghidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Wan Chik atau nama sebenarnya Wan Chik Othman merupakan antara pembaca berita kelahiran stesen televisyen kerajaan, RTM yang pernah masyhur sekitar tahun 1980-an.

Pembaca Berita Wan Chik Daud Meninggal Dunia

Berita pemergian Allahyarham Wan Chik disahkan oleh Presiden Persatuan veteran RTM, Zohara Gany Batusha kepada Astro AWANI.

“Saya baru saja menerima berita pemergian Allahyarham Wan Chik. Saya difahamkan jenazah masih berada di kediamannya,”

– Zohara Gany

Allahyarham Wan Chik yang juga pernah aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi filem filem Do Re Mi arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee terbitan Merdeka Studio, Kuala Lumpur.

Wan Chik sebelum ini dilaporkan mengalami serangan angin ahmar ringan dua tahun lalu selepas pemergian suaminya yang juga pelakon, Allahyarham M Rajoli pada 2010.

Allahyarham mempunyai empat anak yang mana dua daripadanya menetap di Amerika Syarikat dan Singapura sementara dua orang lagi anaknya menetap di Kuala Lumpur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A. Nayaka Lancar Single WAKTU TIBA Entri Diari Buat Diri Yang Hilang

Kakak Zamani Slam, Ibu Zynakal Meninggal Dunia