in , ,

Video Buka Kotak & Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple

Dunia masih lagi di belenggu dengan penularan wabak pandemik COVID-19 dan sampai sekarang wabak ini belum lagi lupus. Nak tak nak kita sebagai manusia yang hidup di dunia ini perlu mencegahnya dari menular. Cara paling selamat adalah memakai topeng semasa keluar rumah.

Susulan dengan itu, sebagai langkah memastikan keselamatan para pekerja mereka, pada awal September lalu Apple dilaporkan telah menghasilkan sendiri topeng pelitup muka khas untuk kegunaan kakitangan syarikat. Dihasilkan dalam dua versi iaitu Face Mask (topeng muka biasa tiga lapis) dan Clear Mask (topeng muka jenis perubatan/pembedahan lutsinar), versi Face Mask sedikit unik kerana direka sedikit luas – menutup kawasan hidung dan dagu selain daripada tali yang boleh diubah suai kepanjangannya mengikut keselesaan pengguna.

Buat masa sekarang, Apple tidak berhasrat untuk menjual topeng pelitup muka yang datang dengan pelbagai saiz dan boleh digunakan sehingga lima kali cucian ini.

Tonton video penuh ‘buka kotak’ dari pandang dekat topeng pelitup muka Apple di pautan bawah:

Video Buka Kotak & Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple
Video Buka Kotak & Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple
Video Buka Kotak & Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple
Video Buka Kotak & Pandang Dekat Pelitup Muka Jenama Apple

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Patuh Syariah vs Penstriman Tanpa Sensor, Mampukah Nurflix?

A. Nayaka Lancar Single WAKTU TIBA Entri Diari Buat Diri Yang Hilang