in , ,

Isu Jual Topeng Muka, Aliff Syukri Tampil Mohon Maaf, Komen Zarina Memang Win

Baru baru ini, Dato Aliff Syukri ingin menjual barang perlindungan kesihatan atau lebih dikenali dengan ‘face mask’. Namun, rata rata netizen memberi komen bahawa ‘face mask’ tersebut tidak kalis air dan ‘face mask’ yang biasa mampu untuk kalis air.

Perbezaan tersebut menjadi perbualan orang ramai. Demikian pada entri entri Dato Aliff Syukri seterusnya, masih ramai yang mengajukan soalan-soalan yang sama pada nya mengenai ‘face mask’ tersebut. Pada video terbaru menerusi halaman instagram nya, Dato Aliff Syukri tampil memberikan penjelasan yang sebenar dan difahamkan memohon maaf pada semua masyarakat diluar sana. 

aliff syukri

Menurut Aliff Syukri menerusi postingnya pada petang Rabu, topeng muka tersebut belum dijual kerana masih dalam peringkat ujian.

“Assalamualaikum, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca curahan hari saya.

Saya amat sedih ketika ini kerana saya dihina oleh pelbagai pihak sedangkan satu mask pun tak terjual.
 
“Sebenarnya isu video live mask yang bocor itu tidak disangka oleh saya dan saya hanya membuat pre-order sahaja sedangkan benda ini tidak dijual sama sekali,” katanya pada ruangan kapsyen.
 
Aliff berkata, topeng tersebut baru sampai dari kilang dan pihaknya berniat untuk mencuba dan melihat respon pengguna terhadap kualitinya.

“Saya mohon maaf sekiranya ada yang menganggap saya cuba menipu pengguna, saya sendiri pun tidak jangkakan perkara tersebut.
 
“Sehubungan itu kami telah menaik taraf kualiti topeng muka kami dan kali ini tidak bocor lagi,”

– Aliff Syukri

Aliff Syukri akan menyumbang 1,000 keping topeng muka kepada golongan yang memerlukan.

Zarina Zainuddin juga turut memberikan komen positif pada Dato Aliff Syukri:

“Dont worry Dato sri berani kerana benar, Insyaallah orang lebih suka kita berterus terang semuga hilang prasangka mereka,”

– Zarina Zainuddin
Isu Jual Topeng Muka, Aliff Syukri Tampil Meminta Maaf,

Dalam pada itu Aliff Syukri turut merayu kepada masyarakat supaya berhenti mencari kesalahannya dan melemparkan tohmahan terhadap beliau.

“Saya memohon kepada masyarakat untuk berhenti mencari kesalahan saya. Saya juga hanya insan biasa dan lemah serta saya ingin memohon beribu kemaafan dari hujung rambut sehingga hujung kaki.
 
“Di sini, saya ingin tekankan kepada anda semua bahawa mask tersebut saya tidak jual langsung kepada orang sama sekali,”

– Aliff Syukri

Kontroversi topeng muka Aliff Syukri mula tercetus selepas beliau melakukan uji kaji terhadap barangan tersebut dengan mencurahkan air kedalamnya.
 
Bagaimanapun ketika sedang menguji ketahanan topeng muka tersebut, air yang dituang menitis keluar dan Aliff dilihat meneruskan promosi dan mendakwa ia berkualiti serta meletakkan produk itu di tepi.
 
Perkara tersebut menjadi buah mulut warganet dan tindakannya itu diselar pendakwah bebas Da’i Wan yang menegaskan ia satu penipuan dan berdosa besar jika topeng itu dijual kepada orang ramai.

Jom Lihat Juga Apa Kata Netizen:

“Sy percaya dato org yang baik. People make mistakes. Dato bagus sebab dh come out with new solution. Biasalah dato, business mmg banyak onak duri. Sabar ye dato. Semoga urusan dato dimudahkan selepas ini amin”

“Dato orang dah tak pecaya kata2 bibir tebal dato tu ,hidup tak berkat sebab lupa allah sebab luka kan hati isteri ,sebab tak bagi saya duit bulan2”

“Alhamdulillah Dato. Dato mesti kuat hadapi dugaan macam ni. Saya taktau kenapa orang Melayu suka jatuhkan orang Melayu. Yang mengutuk ni majoriti dari kalangan Melayu. Hmmm semoga tabah dengan ujian ini.”

“Lain kali dato jangan confident sangat buat preview kalau benda tu tak diuji dan dikaji dulu, takut nanti customer yang terbeban kerana penipuan dato dan tanpa kita sedar rezeki itu juga akan jadi haram sorry if terkasar just remind kan aje”

“Betul ka awk..sy tgok org viral pasal adik wanie buat op usus untuk kurus..”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bella Astillah Kini Hamil, Sudah Rujuk Dengan Aliff Aziz?

Bubur Lambuk Kampung Baru! Selepas 100 Tahun, Ini Kali Pertama Ianya Tak Beroperasi