in ,

Tak Sampai Sehari Video Lirik Rasmi Sufian Suhaimi – DI MATAMU Cecah Sejuta Tontonan

Tak sampai satu hari, Video Lirik Rasmi Sufian Suhaimi – DI MATAMU ini dah nak cecah 1 Juta tontonan dan sekarang tengah trending no. 1 di Youtube Malaysia. Video ini mendapat lebih 8,792 komen dari pelayar Youtube.

Wow! Tahniah Sufian Suhaimi.

Lagu ini belum dilancarkan di saluran platform streaming muzik Spotify, Joox dan sebagainya.

Tak Sampai Sehari Video Lirik Rasmi Sufian Suhaimi – Di Matamu Cecah Sejuta Tontonan

Apa yang membezakan versi original dengan versi yang viral sebelum ini, lagu ini dimulakan dengan monolog:

“Setiap apa yang kita impikan, tak semestinya menjadi kenyataan.”

“Hiduplah dalam kebenaran, kenyataan lebih jujur dalam penantian.”

Fuh! Deep betul monolog intro ini, seolah-olah ditujukan untuk seseorang. Namun, apa-apa pun, Sufian meletakkan disclaimer di awal video ini di mana cerita dan segala watak ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Pergh… macam drama la pulak kan? Bukan apa, bagus juga Sufian buat disclaimer, nanti tak pasal-pasal kena maki sebab masih ungkit kisah-kisah lama. Agak-agak macamana la perasaan Elfira mendengar lagu ni ya?

Apa tah lagi Sufian memilih tarikh 22 Mac untuk melancarkan video ini di Youtube menjadi tarikh keramat di mana sepatutnya Sufian dan Elfira disatukan menjadi pasangan suami isteri. Namun, nasib tidak menyebelahi hubungan mereka yang terputus di tengah jalan. Hanya lagu sahaja dapat menggantikan peristiwa yang dikatakan bakal menjadi antara wedding of the year.

Lagu ini juga disuntik dengan susunan muzik yang lebih best dan lebih sedap didengar. Jika diamati betul-betul, di minit ke 2.38 lagu ini lebih kurang lagu Haqiem Rusli yang original punya.

Dalam video ini, Sufian hadir dengan tiga penampilan yang melambangkan apa yang terjadi. Korang boleh buat tafsiran sendiri la ya.

Sufian Suhaimi

Mampukah video ni mendapat 10 juta tontonan dalam masa 2 hari?

Sementara itu, lagu dari Khai Bahar & Fatin Husna – Rahsia Kita juga turut trending namun tertinggal ke belakang dengan mendapat hanya 300,000 tontonan selepas dilancarkan pada 21 Mac lalu. Muzik video lirik lagu JAUH dari Najwa Latiff juga termasuk lagu-lagu baru yang tengah masuk carta sekarang ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Walaupun Migrain, Janna Nick Gigih Nak Berlumba

Intan Tinggal ‘Pesan’ Buat Izreen Azminda Di IG Story?