in ,

Walaupun Migrain, Janna Nick Gigih Nak Berlumba

Meskipun diserang migrain pelakon Janna Nick tetap bersemangat meneruskan saingan kelayakan menjelang perlumbaan Festival Toyota Gazoo Racing (TGR) di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil, esok.

Janna Nick always had time for her fans

Menurut laporan berita yang disiarkan di Harian Metro, Janna berkata, minat mendalam terhadap sukan perlumbaan kereta mendorongnya untuk meneruskan saingan kelayakan bagi mencari petak berlepas menghadapi perlumbaan.

“Saya tetap meneruskan saingan walaupun tiba-tiba diserang migrain petang tadi. Kepala saya pening dan tekak mula rasa loya.

“Disebabkan minat mendalam dan keseronokan berlumba bersama lapan lagi rakan artis lain membuatkan saya tidak mahu melepaskan peluang itu”, €katanya.

Janna menamatkan saingan kelayakan selaku pelumba keenam terpantas.

“Trek kali ini sangat mencabar. Saya cuba memberikan prestasi terbaik untuk mencatat masa terpantas namun selebriti lain memberikan saingan sengit sesi itu.

“Saya berharap mampu mencatat masa terpantas menyaingi pelumba lain pada perlumbaan esok dan mahu menjejak podium,” katanya.

Selain Janna, selebriti lain turut serta dalam Toyota Gazoo Racing ialah Datin Diana Danielle, Fattah Amin dan Shukri Yahaya.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang PLANE IN THE CITY

Tak Sampai Sehari Video Lirik Rasmi Sufian Suhaimi – DI MATAMU Cecah Sejuta Tontonan