in ,

Intan Tinggal ‘Pesan’ Buat Izreen Azminda Di IG Story?

KEMELUT rumah tangga suami pelakon Izreen Azminda dan pemuzik, Ude dengan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh akhirnya terlerai.

Pasangan itu sah bercerai di Mahkamah Rendah Gombak Timur, Taman Seri Keramat, Selangor pada Khamis.

Intan yang mengakui bahawa dirinya masih terkesan dengan kenyataan demi kenyataan dibuat Ude berhubung hal itu telah meluahkan rasa terkilan di Insta Story miliknya.

Intan

Lebih mengharukan, menerusi entri yang sama Intan redha dengan perpisahan ini dan mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Tidak terhenti disitu, Intan juga dilihat sempat menitipkan pesan buat ‘seseorang’ menerusi entri berkenaan.

Kenyataan dibuat Intan itu sudah cukup menggambarkan betapa kecewanya hati wanita tersebut terhadap tindakan Ude.

Sebelum ini, Ude memberitahu pihak media bahawa terdapat beberapa kenyataan yang dibuat oleh bekas isterinya pada 28 Februari itu adalah tidak benar sama sekali.

Menurut Ude, rumah tangga mereka mula goyah selepas usia perkahwinan menjangkau tahun ketiga iaitu sebelum dia mengenali isteri keduanya yang merupakan seorang pelakon, Izreen Azminda.

“Dia tahu puncanya. Rumah tangga kami sudah mula bermasalah sejak dua tahun lalu. Sebelum saya mengenali Izreen lagi,” dedah Ude ringkas.

Ude turut mendakwa bahawa Intan sendiri sudah mengetahui punca sebenar yang membawa kepada permasalahan rumah tangga mereka kerana hal itu pernah dibincangkan beberapa kali sebelum lafaz cerai dibuat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Sampai Sehari Video Lirik Rasmi Sufian Suhaimi – DI MATAMU Cecah Sejuta Tontonan

FUJIFILM X-A5 Camera Targets Selfie Generation