in

Rai Aidiladha Dengan Enam Program Khas Di TV2

RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM) melalui saluran TV2 menyediakan enam rancangan khas berbentuk telemovie dan hiburan Islami sempena sambutan Aidiladha yang bakal menjelang 12 September depan.

Menemui penonton lima hari berturut-turut mulai 11 hingga 15 September ini, program diatur bermula dengan tayangan program muzikal berkonsepkan kesyukuran terbitan Unit Hiburan TV RTM bertajuk “Syukran” pada 11 September ini, pukul 9.00 malam. Ia diikuti dengan lima telemovie iaitu “Korban Kasih” (12 September ini, pukul 10.00 pagi), “Andai Bukan Khilaf Itu” (13 September ini, pukul 10.00 pagi), “Designer Didi Naik Haji” (13 September ini, pukul 10.00 malam), “Aidiladha Baitulmuqaddis” (14 September ini, pukul 10.00 pagi) dan “Haji Rock” (15 September ini, pukul 10.00 pagi).

lakonan mantap Didie Alias dan Mak Jah dalam telemovie Designer Didi Naik Haji

Rai Aidiladha Dengan Enam Program Khas Di TV2

[dropcap]P[/dropcap]rogram muzikal berkonsepkan kesyukuran, keinsafan, kecintaan, perngorbanan dan lagu-lagu berunsurkan ketuhanan dan kemanusiaan, “Syukran”. Antara personaliti yang menjayakan muzikal ini Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Hijjaz, Ali Terra Rossa, Kumpulan Far East, Voice of Ummi, Kumpulan Qa’rabah dan RJ, Raqib Majid dan Qasidah Anak Warisan Kasih. Tetamu jemputan ialah Cibdy Alisha, Mohd Khariri Ramli dan adik Naufal Syakirin. Kehadiran Ebby Yus dan Bell Ngasri turut menceriakan suasana. Muzikal ini menampilkan pengacara Rahmat Sofyan.

Dibintangi pelakon Jalil Hamid, Aida Khalida, Hairie Othman, Yatt Hamzah, Zubaidi Mokhtar, dan Ruminah Sidek, telemovie “Korban Kasih” mengisahkan tentang seorang bakal haji yang berbelah hati untuk menunaikan haji kerana sibuk mengejar hal duniawi.

Pengajaran pepatah Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna dikongsi menerusi telemovie “Andai Bukan Khilaf Itu” lakonan mantap Kamal Adli, Nad Zainal, Hairi Safwan, Mustafa Kamal, Puteri Balqis, Kilafairy, Khaty Azean dan Ruminah Sidek. Ikuti perjalanan kisah hidup Suri, kanak-kanak autisme tersesat di Kuala Lumpur dan berkawan dengan anak terbiar bernama Tasya. Mereka tinggal di bawah jambatan untuk meneruskan kehidupan. Apakah ada sinar dalam kehidupan mereka?




Gandingan Didie Alias dan Ammar Asyraf dalam telemovie bertajuk “Designer Didi Naik Haji” tidak kurang menariknya yang memaparkan kisah seorang pereka fesyen berhasrat untuk mendekatkan diri dengan agama. Dia ingin menunaikan haji namun mendapat tentangan daripada keluarganya. Turut membintangi drama inin Chacha Maembong, Aedy Ashraf, Mak Jah dan Sherry Al-Hadad.

[pullquote align=”right”]Menemui penonton lima hari berturut-turut mulai 11 hingga 15 September ini, program diatur bermula dengan tayangan program muzikal berkonsepkan kesyukuran terbitan Unit Hiburan TV RTM bertajuk “Syukran” pada 11 September ini, pukul 9.00 malam.[/pullquote]

Seterusnya dalam “Aidiladha Baitulmuqaddis” pula membawakan kisah di kampung, orang ramai tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk membeli lembu daripada Pak Wahab untuk dikorbankan buat Hari Raya Aidiladha walaupun harganya mahal. Pak Wahab yang memonopoli urusan pembekalan lembu di sebuah kampung menjadikannya tamak dan pentingkan diri sendiri. Namun kehadiran seorang pemuda di kampung itu telah merubah suasana. Pelakon Wan Raja, Sari Yanti, Mohd Khairil Anhar, Idris Mat Diah, Fadhil Dani, dan Nazeera Sardi.

Istimewa Aidiladha di TV2 diakhiri dengan tayangan telemovie “Haji Rock” lakonan mantap Mark Adam, Kilafairy, Aida Aris dan Azhan Rani mengisahkan Afi yang mencari rezeki sebagai pemuzik namun Afi merahsiakan pekerjaannya itu daripada pengetahun ibunya.

MUZIKAL SYUKRAN

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rita Rudaini Akui Berkawan Rapat Dengan Pengacara H! Live

Single Terbaru Anuar Zain ANDAINYA TAKDIR Viral di Laman Sosial