in

ONE NATION EMCEES Muncul Dengan Single Terbaru HOI YA HOI

Lama tak dengar berita pasal kumpulan hip hop dan R&B, ONE NATION EMCEES yang dulunya pernah meletop dengan lagu ANAK KAMPUNG berkolaborasi bersama Jimmy Palikat. Namun, pertemuan semasa AIM21 baru-baru ini, grup yang dianggotai oleh penyanyi trio ini nampaknya bersemangat untuk kembali dengan single terbaru berjudul HOI YA HOI yang dihasilkan sendiri oleh mereka.

Budiey difahamkan pada hari esok, ONE NATION EMCEES akan melancarkan single HOI YA HOI di sebuah pusat karaoke terkemuka. Khabarnya, serentak dengan itu, lagu ini dapat ditonton dan didengar di Youtube.

Nantikan kemunculan semula ONE NATION EMCEES. Bak kata Mimi, mereka akan pastikan dunia hip hop bakal bergegar semula dengan kedatangan buah tangan terbaru ini. Good luck buat semua. Jangan lupa tonton video temubual eksklusif Budiey bersama ONE NATION EMCEES semasa pertemuan di karpet merah AIM21.

One Nation Emcees

One Nation Emcees

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Inilah Kemewahan Hotel Intercontinental Osaka

Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29)