in

Siaran Langsung 3D Pertandingan Golf Terbuka Sony

ASTRO MEMBAWA LIPUTAN SIARAN LANGSUNG 3D PERTANDINGAN GOLF TERBUKA SONY DI HAWAI PERTAMA KALI DI MALAYSIA!

Peminat-peminat permainan golf kini berpeluang menyaksikan siaran langsung Pertandingan Golf Terbuka Sony 2012 di Hawaii dalam bentuk 3D, untuk pertama kalinya di Malaysia. Pertandingan Golf Terbuka Sony 2011 adalah satu-satunya acara amal pertandingan golf yang paling terkemuka di Amerika Syarikat. Peminat-peminat golf pastinya akan teruja dengan liputan siaran langsung dalam bentuk 3D hanya di Astro.

Selain 3D, penonton-penonton boleh membuat pilihan untuk menyaksikan Pertandingan Golf Terbuka Sony 2012 di Hawaii secara SD di saluran Golf (saluran Astro 815) dari 13-16 Januari (8 pagi) atau secara 3D di saluran khas Golf 3D (saluran Astro 830) pada 15 Januari (8.30 pagi) dan 16 Januari ( 8 pagi).

Pada setiap tahun dalam bulan Januari, pemain-pemain golf selebriti dan professional terkemuka dunia akan bersaing di Pertandingan Golf Terbuka Sony 2012 di Hawaii yang akan berlangsung di kelab Waialae Country di Pulau Oahu. Pertandingan Golf Terbuka Sony adalah salah satu-satunya acara golf antarabangsa yang paling terkenal di pertandingan PGA Tour. Ia mempamerkan barisan pemain golf yang berbakat di salah sebuah padang golf yang terunggul di dunia, yang penuh dengan keindahan alam semula jadi.

Tahun ini, Pertandingan Golf Terbuka Sony 2012 akan disertai oleh lapan pemenang pemain golf Terbuka Sony dari tahun 2002 hingga 2011 seperti Ryan Palmer (2010), Zach Johnson (2009), K.J.Choi (2008), Paul Goydos (2007), David Toms (2006), Ernie Els (2004)and Jerry Kelly (2002). Juara Mark Wilson turut menyertai pertandingan tahun ini sekali lagi untuk mempertahankan kejuaraannya selepas memenangi 4 gelaran PGA Tour tahun lepas, termasuk Pertandingan Golf Terbuka Sony 2011.

Siaran langsung 3D Pertandingan Golf Terbuka Sony 2012 di Hawaii pastinya akan membuka pengalaman yang baru dan menarik untuk peminat-peminat acara golf di Malaysia. Jangan lupa menonton pertandingan PGA yang akan bermula tahun ini dengan Pertandingan Golf Terbuka Sony 2012 di Hawaii secara siaran langsung 3D, hanya di saluran Golf 3D (saluran Astro 830).

GOLF-PGA/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mikha Tambayong Dalam Teater Gerimis Mengundang

Star World Is Now In HD