in

Rookie Blue Gantikan Blue Bloods

Siri Inggeris Terbaharu Rookie Blue Gantikan Blue Bloods Di TV2

Penggemar siri Inggeris bercorak kepolisian mulai 13 Disember depan bakal berpeluang menyaksikan sebuah lagi siri terbaharu bertajuk Rookie Blue menggantikan tayangan siri Blue Bloods yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2.

13 episod siri menarik arahan David Wellington yang disiarkan setiap Selasa, jam 11.00 malam ini sarat dengan babak-babak aksi dan penyiasatan oleh sekumpulan pegawai polis Rookie yang belajar untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan mereka dalam memenuhi harapan keluarga dan rakan sekerja.

Menyaksikan lakonan hebat Missy Peregrym, Gregory Smith, Enuka Okuma, Travis Milne, Eric Johnson, Matt Gordon dan Charlotte Sullivian, Rookie Blue mengangkat kisah yang berlaku di Kanada yang sarat dengan drama, aksi dan diselang-selikan dengan aksi komedi bersahaja daripada lima pelakon utamanya. Malah turut dikongsi sama babak-babak melibatkan kejadian aneh yang berlaku dalam pasukan dan di sekitar mereka.

Ia mengetengahkan watak bernama Andy, seorang anggota polis yang baik, Epstein pula seorang genius yang berasal daripada sebuah keluarga yang berantakan, Peck membesarkan di kalangan keluarga yang terhormat, Diaz pula mahu membebaskan dirinya daripada imej budak baik dan seorang ibu tunggal bernama Nash yang cuba berdepan dengan kenyataan dengan cuba mengimbangi waktu kerja dan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Kesemua mereka hakikatnya masih naif terhadap tanggungjawab sebagai anggota polis Toronto Otario Canada dan perlu belajar banyak lagi tentang tugasan mereka yang sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi sepanjang masa. Apatahlagi mereka perlu mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari dalam dunia realiti sebenar.

Siri Inggeris terbaharu ini mengajak anda peminat aksi-aksi kepolisian mengetahui dengan lebih lanjut dan mendalam tentang kes-kes yang dekat dengan masyarakat. Apatahlagi isu yang di ketengahkan turut diambil daripada kisah dan watak yang wujud dan bukan rekaan yang mana kes yang dibongkar berbeza setiap minggu.

Justeru usah ketinggalan menyaksikan siri penyiasatan menarik ini hanya di TV2.

Siri Inggeris Terbaharu ... Rookie Blue di TV2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Animasi Hebat Di TV1

Pitbull Reigns Supreme In The Rain At Sunway Lagoon