in ,

Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Mohon Maaf, Mengaku Fitnah

Bulan lalu hangat diperkatakan di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang pelakon lelaki Aniq Suhair.

Terbaru, menerusi perkongsian di TiktoK, wanita tersebut akhirya tampil memohon maaf serta mengakui tuduhan tersebut adalah fitnah.

Menurut wanita itu, dia sedar bahawa tindakannya itu adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya memuat naik konten seperti sedemikian.

Malah, wanita tersebut memohon maaf kerana bukan niatnya untuk menjatuhkan reputasi atua merosakkan karier pelakon tersebut.

Salam. Tolong jangan tanya soalan lagi. Saya di sini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang saya sebarkan di Tiktok tentang Aniq Suhair. Bukan niat saya untuk menjatuhkan reputasi dan kerjayanya,” tulisnya.

Terdahulu, Aniq berkata tuduhan tersebut satu fitnah yang cuma menjatuhkan reputasinya serta menyerahkan kepada peguam berhubung isu berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tentang Filem Seram Islamik Pertama Thailand Khong-Khaek: The Djinn’s Curse 

HONOR

Pra-Tempah HONOR X9b 5G Pada Harga RM1,499 Sebelum 9 November Ini