in , , ,

Pra-Tempah HONOR X9b 5G Pada Harga RM1,499 Sebelum 9 November Ini

Telefon pertama di dunia mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut yang dianugerahkan oleh SGS Switzerland.

HONOR Malaysia memperkenalkan HONOR X9b 5G – lambang kepada Tahan Lasak Semua Sudut – boleh didapati untuk pra-tempahan bermula 1 November hingga 9 November pada harga RM 1,499.

Pembeli yang mebuat pra-tempahan HONOR X9b 5G akan dapat hadiah bernilai sehingga RM 978, termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, HONOR CHOICE Earbuds X5, dan HONOR CHOICE MOECEN Band. Pra-tempah sekarang di: https://bit.ly/HONORX9bPR

(Malay) Social HONOR X9b Pre-Order Now

Temui 7 Penaiktarafan HONOR X9b 5G yang menerajui dalam industri 

Setelah pelancaran HONOR X9a 5G pada awal tahun ini, HONOR dikenali sebagai jenama teknologi yang terkenal dengan kebolehtahanannya. Bagi memenuhi kehendak ramai yang mahukan telefon tahan lasak dan kukuh, HONOR dengan bangganya memperkenalkan HONOR X9b 5G, direka untuk kegunaan situasi yang mencabarkan. Di sini 7 sebab HONOR X9b patut menjadi milik anda:

HONOR X9b 5G Launch Event

Teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR: Antara yang paling tahan lasak dalam industrI

Memiliki ketahanan dan rintangan jatuh yang pertama dalam industri, paparan HONOR menggabungkan teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR. HONOR X9b 5G merupakan telefon yang pertama di dunia diiktiraf Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut oleh SGS, Teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR menggunakan teknologi pengkusyenan yang maju dengan material baharu, sekaligus meningkatkan kapasiti penyerapan hentakan sehingga 1.2 kali ganda, memastikan ketahanan ditahap terbaik walaupun ketika subjek jatuh setinggi 1.5 meter dari setiap sudut.

Bateri 5800mAh – Bateri terbesar dalam segmen 

Menampilkan badan hanya seberat 185g, HONOR X9b 5G hadir dengan bateri 5800mAh yang tahan lasak dan tahan lama, boleh bertahan sehingga 3 hari dengan hanya sekali pengecasan, jadi pengguna tidak perlu risau lagi dengan prestasinya yang meyakinkan. Mendapat pengiktirafan Gold Label oleh DXOMARK, HONOR X9b 5G menyokong 3 hari penggunaan tanpa gangguan kerja, bermain mahupun hiburan. Dengan hanya sekali cas, HONOR X9b 5G mampu bertahan sehingga 19 jam penggunaan video tanpa henti, 12 jam bermain game atau 22 jam melayari media etika. Bukan itu sahaja, keupayaan baterinya menunjukkan ketahanan yang cemerlang apabila kapasiti kekal 80% selepas 1,000 kali cas , menjadikannya salah satu bateri peranti paling kuat dalam pasaran.

HONOR Watch 4 Available From 10th Nov

20 (12+8) GB RAM + 256 GB ROM: Penstoran dan RAM gred flagship

Memiliki RAM pantas 12GB LPDDR4X serta RAM Turbo maya 8GB dengan jumlah keseluruhan 20GB RAM, pengguna dapat menikmati pengalaman yang etika tanpa gangguan walaupun etika membuka banyak aplikasi serentak. Lebih menarik, HONOR X9b 5G memiliki penstoran pantas UFS 3.1 sebesar 256GB yang biasanya digunakan pada telefon pintar flagship berharga lebih mahal, malah menawarkan penstoran yang boleh membaca dan menulis dua kali lebih pantas daripada UFS 2.2 yang  biasanya digunakan dalam kebanyakan telefon pintar harga pertengahan. Ini bagi memastikan pengguna merasai pengalaman yang lancar ketika membuka aplikasi, bermain game dan banyak lagi, malah kepantasan menulis dan membaca adalah antara paling laju dalam segmen telefon pintar harga pertengahan.

Resolusi Paparan Perlindungan Mata 1.5K: Inovasi Penjagaan Mata Insaniah 

Dilengkapi dengan Paparan Lengkung AMOLED 6.78 inci, HONOR X9b 5G menyokong resolusi 1.5K ultra jelas, warna gamut 100% DCI-P3  dan sehingga 1.07 bilion warna, menjadikan pemandangannya ultra jelas dengan perincian yang teliti serta warna yang terang. Membuktikan komitmen HONOR terhadap teknologi yang mengutamakan pembangunan insan, HONOR X9b 5G menawarkan beberapa ciri perlindungan mata termasuk Pemalapan PWM 1920Hz, Cahaya Biru Rendah pada tahap perkakasan, Pemalapan Dinamik, dan Paparan Malam Sirkadia,  memenuhi kehendak generasi hari ini yang banyak menghabiskan masa menatap di hadapan skrin.

Kamera Ultra Jelas 108MP: Kualiti Fotografi Pakar pada Harga Mampu Milik

HONOR X9b 5G dimegahkan oleh sistem tiga kamera iaitu Kamera Ultra Jelas 108MP, Kamera Ultra Lebar 5MP, dan Kamera Makro 2MP. Kamera Ultra Jelas 108MP hadir dengan pengesan besar 1/1.67 inci dan aperture besar f/1.75, membolehkannya menangkap lebih banyak cahaya dan menghasilkan imej dengan lebih jelas dan terang. Kamera ini turut menawarkan kualiti optik tinggi dengan 3X zum, memastikan HONOR X9b 5G dapat menghasilkan gambar yang jelas dengan perincian yang menakjubkan. 

4nm Process.jpeg

Cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 pemproses 4nm: Prestasi demi Produktiviti 

Dikuasakan oleh Cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1, HONOR X9b menghasilkan keupayaan flagship yang cemerlang dengan 35% peningkatan prestasi GPU dan peningkatan kecekapan CPU sebanyak 40%, melancarkan produktiviti dan hiburan sepanjang masa. Dikendalikan oleh MagicOS 7.2 berasaskan Android 13, HONOR X9b memberikan akses kepada pelbagai ciri-ciri penaiktarafan dan penyesuaian seperti HONOR Docs Suite, menjadikan pengalaman bekerja di luar pejabat lebih pintar dan mudah. 

Sunrise Orange berkulit Vegan: Premium lain dari yang lain

HONOR X9b 5G memiliki 3 warna pilihan: Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black. Sunrise Orange dengan kemasan kulit yang memberikan rasa premium dan kesemua 3 kemasan adalah bebas cap jari. Sunrise Orange merupakan simbolik kepada pertumbuhan dan permulaan baharu, meluaskan lagi kepelbagaian warna-warna hangat dan menyerlah berbanding yang lain. Titanium Silver pula menonjolkan warna efek krom pelangi yang menakjubkan. Klasik sepanjang zaman, efek matte Midnight Black melambangkan misteri, elegan, kuasa dan sofistikasi.

HONOR X9b 5G Launch Event 1

HONOR Watch 4 – Skrin Warna AMOLED 1.75 inci dan hayat bateri 14 hari

Selain bintang utama HONOR X9b 5G, HONOR Malaysia turut mengumumkan pelancaran jam tangan edisi terbaru HONOR, iaitu HONOR Watch 4. Tampil dengan rekaan bergaya dan keupayaan pemantauan yang tepat, HONOR Watch 4 hadir dengan paparan Skrin Warna AMOLED sebesar 1.75 inci dengan kadar segar semula 60Hz, Sokongan Panggilan Bluetooth, dan hayat bateri maksimum 14 hari yang mengagumkan, sangat sesuai untuk pengguna memantau kesihatan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

(English) Social HONOR X9b Pre-Order Now

HONOR X9b 5G: Pra-tempah hari ini

Tiada yang lebih hangat daripada telefon pintar HONOR X9b – Tahan Lasak Semua Sudut – yang bakal tiba tidak lama lagi. Pra-tempah pada harga RM 1,499 dan dapat hadiah bernilai sehingga RM978. Maklumat lanjut mengenai HONOR X9b 5G, layari: https://bit.ly/HONORX9bPR .

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aniq Suhair

Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Mohon Maaf, Mengaku Fitnah

Buka Kotak & Pandangan Pertama Samsung Tab S9 FE+ Warna Mint 256GB