in , ,

Lokasi Siaran Langsung Gelanggang Awesome Raja Lawak Telah Ditukar

Siaran Langsung Gelanggang Awesome Raja Lawak Akan Dibuat Dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara Dan Tidak Di Studio Finas, Hulu Kelang

Program realiti pencarian bakat komedi, ”Awesome Raja Lawak” bakal membuka tirainya secara rasmi pada Rabu, 7 September 2022 ini dan ia akan menemui peminat secara langsung pada jam 9.00 malam selama 10 minggu dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara. 

Terdahulu, Awesome TV menerusi sesi sidang medianya baru-baru ini telah mengumumkan untuk mengadakan persembahan mingguan ”Gelanggang Awesome Raja Lawak” bakal dibuat dari Finas, Hulu Kelang.

Namun begitu, keputusan untuk menukar ke lokasi baharu, Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara diambil setelah berurusan dengan pihak Finas yang dilihat tidak memberi sokongan yang wajar kepada pihak Awesome TV kerana kekangan prosedur yang tidak mesra industri. 

Hos dan Juri Awesome Raja Lawak

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim telah berusaha membantu sedaya upaya untuk memudahkan urusan Awesome TV. Namun begitu, isu birokrasi di Finas dilihat tidak membantu beliau berbuat demikian.

Sebagai sebuah stesen penyiaran baharu di negara ini, pihak Awesome TV merasakan Finas yang merupakan salah satu pemain utama industri seni tanah air khususnya perlu berubah untuk turut sama membantu memacu kecemerlangan demi pertumbuhan dan kepentingan industri.

Di sesi sidang media ”Awesome Raja Lawak” baru-baru ini, Awesome TV telah mengumumkan 14 barisan peserta (merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio), dan tenaga pengajar beserta hos dan juri program.

Menduduki kerusi juri tetap ”Awesome Raja Lawak” adalah Khir Rahman, Ayda Jebat dan Saiful Apek, manakala Ajak Shiro, Atu Zero dan Tauke menggalas tanggungjawab sebagai tenaga pengajar atau Mentor, dan Nizam Jentik-Jentik bergandingan bersama Chiwan Chilok akan mengemudi pentas utama sebagai Pengacara. 

Format pemarkahan akan diadili 100% oleh juri tetap, manakala penonton diberi peluang untuk memilih pemenang mingguan ”Man of the Match” menerusi undian atas talian, di IG Awesome TV Malaysia.

Peserta yang mendapat undian tertinggi pada minggu tersebut akan diumumkan sebagai pemenang ”Man of the Match” di pentas ”Gelanggang Awesome Raja Lawak” yang bersiaran pada setiap Rabu, mulai 7 September ini. Dalam pada itu, peserta yang mendapat markah keseluruhan terendah pula akan disingkirkan. 

”Gelanggang Awesome Raja Lawak” minggu pertama akan dibuka dengan tema ”Bebas” yang mana kesemua peserta diberi peluang untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing menerusi naskhah sketsa terpadu mereka.

Penyanyi popular, Hazama akan membuat persembahan pembukaan bersama Rody Kristal dan pemuzik iringan beliau. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SABOTAGE

Sabotage Taruhan Terbaru Timur Video Muzik Penyambung Siri Tetralogi

KAKA AZRAFF

Kaka Azraff Kini Bangkit Dari Rasa Sedih Setelah Lama HILANG