in ,

Sabotage Taruhan Terbaru Timur Video Muzik Penyambung Siri Tetralogi

Single pertama Timur berjudul “Not A Criminal” yang dilancarkan pada bulan April lalu berjaya meraih lebih 500,000 tontonan di YouTube.

Yang menarik, video muzik tersebut mendapat sambutan luar biasa di luar negara khususnya di Amerika Syarikat, Taiwan dan Filipina. Walaupun “Not A Criminal” single pertama Timur dan beliau menetap di Malaysia, ianya bukan menjadi satu halangan kepada Timur untuk mendapat liputan media di luar negara seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kini, Timur kembali dengan single keduanya berjudul “Sabotage”. 

Sabotage Taruhan Terbaru Timur Video Muzik Penyambung Siri Tetralogi

“Sabotage” mengisahkan tentang sepasang kekasih yang terperangkap dalam sebuah perhubungan toksik dimana salah seorang dari mereka mula menyedari hubungan mereka semakin renggang dan betapa mereka berdua saling menyakiti sama lain satu sekiranya terus kekal bersama. 

“Sabotage” adalah lagu ciptaan Omar K, John Jeeves dan Firdaus Rahmat dan diterbitkan oleh Omar K. “Timur seorang artis yang berbakat besar dan bintang yang bakal menyinar. Beliau seorang yang sangat senang untuk berurusan, sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik dan profesional” ujar Omar K.

“Sebagai artis baru, saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh peminat muzik dari dalam dan luar negara. Kini, saya amat teruja dengan pengeluaran single kedua saya dan berterima kasih kepada Omar K yang telah memberi banyak tunjuk ajar sepanjang proses penerbitan lagu ini” ujar Timur. 

Video muzik “Sabotage” adalah sambungan (Bahagian 2) “Not A Criminal” bagi siri video muzik tetralogi arahan Datuk Yusry Abdul Halim. Jalan cerita video muzik kali ini mengisahkan bagaimana Justin, seorang pegawai polis menyamar sebagai seorang pelajar bagi menyiasat dan mendekati beberapa pelajar wanita yang disyaki terlibat dalam rompakan bank. 

Lagu “Sabotage” akan dikeluarkan secara rasmi dikesemua platform penstriman digital pada 26hb Ogos 2022 manakala video muziknya akan ditayangkan di saluran YouTube Timur Official pada hari yang sama. Seperti single pertama Timur, lagu ini turut dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Mandarin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Timur, sila layari dan ikuti akaun YouTube, Instagram, TikTok, Facebook dan Twitter Timur atau hubungi [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert AFGAN EVOLUTION KUALA LUMPUR Pada 17 Disember Ini!

Lokasi Siaran Langsung Gelanggang Awesome Raja Lawak Telah Ditukar