in , ,

airasia Super App Kini Tawar Penerbangan Daripada Lebih 700 Syarikat Penerbangan

Lebih banyak pilihan hotel turut ditawarkan. airasia Super App kini tawar penerbangan daripada lebih 700 syarikat penerbangan ke lebih 3,000 destinasi

Sempena pembukaan sempadan negara secara beransur-ansur ke seluruh rantau ini dan ke peringkat global, para tetamu kini dapat menikmati tawaran baharu oleh airasia Super App untuk penerbangan dan penginapan dengan kerjasama dengan lebih 700 syarikat penerbangan antarabangsa yang terbang ke lebih 3,000 destinasi dan ribuan penginapan di seluruh dunia. 

Sejak memulakan perkhidmatannya sebagai ejen pelancongan dalam talian pada dua tahun lepas, airasia Super App kini mempunyai syarikat penerbangan terkemuka dunia sebagai rakan kongsinya. Antara syarikat penerbangan baharu termasuk Air Canada, Air France, Air Mauritius, Bamboo Airways, Ethiopian Airlines, flydubai, Go First, KLM, Mahan Air, Qatar Airways, Turkish Airlines, Philippine Airlines, US Bangla Airlines dan banyak lagi. 

airasia Super App Kini Tawar Penerbangan Daripada Lebih 700 Syarikat Penerbangan

Kerjasama dengan penyedia penginapan juga terus diperkembangkan dengan lebih 300,000 tawaran penginapan kini tersedia melalui airasia Super App.  

Dengan kerjasama yang semakin meluas ini, pengguna airasia Super App kini boleh menempah perjalanan dengan nilai terbaik ke pelbagai destinasi di luar rangkaian AirAsia termasuk ke serata Eropah, Oceania, Afrika, Timur Tengah dan Amerika.  

Amanda Woo, Ketua Pegawai Eksekutif airasia Super App berkata, “Dalam masa dua tahun sahaja, kami kini merupakan salah satu daripada tiga ejen pelancongan terkemuka di Asean berdasarkan trafik laman web, dengan lebih 100 juta pengunjung pada setiap bulan. Kelebihan kami adalah kami merupakan satu-satunya ejen pelancongan dalam talian yang juga memiliki syarikat penerbangan. Ini membolehkan kami memanfaatkan pengalaman dalam industri penerbangan untuk memastikan harga terendah dijamin untuk pelbagai pilihan yang disediakan. Kami juga mempunyai akses yang luas dan kaya dengan data perjalanan kerana kami merupakan perniagaan yang didorong oleh aspek digital sejak hari pertama kami ditubuhkan pada 20 tahun lepas. 

“airasia Super App yang mempunyai pelbagai cabang komprehensif dalam kategori perjalanan dan gaya hidup akan memberikan nilai terbaik kepada para pelanggan untuk menikmati pelbagai tawaran perjalanan. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan syarikat penerbangan dan penginapan baharu dan mengucapkan terima kasih kerana melihat potensi luas kami dan pangkalan pengguna yang tinggi dari segi perjalanan. Kami juga akan berusaha untuk bekerjasama dengan pemain industri lain untuk meningkatkan permintaan perjalanan dan melengkapkan tawaran produk sebagai platform sehenti untuk semua keperluan perjalanan dan gaya hidup pelanggan kami.”

Rajiv Kumar, Ketua Penerbangan airasia Super App berkata, “Sebagai pemangkin dalam kategori perjalanan dalam talian di Asean, kami sentiasa mencari cara baharu dan kreatif untuk membantu rakan kongsi syarikat penerbangan dengan meningkatkan pendapatan mereka. Dengan pangkalan data lebih 51 juta pengguna dan lebih 55 juta pengikut di laman sosial media, rakan kongsi syarikat penerbangan dan penginapan dapat memanfaatkan kekuatan jenama kami yang terkemuka di Asean dan kepakaran pemasaran airasia Super App. Menggunakan teknologi antara talian, kami kini boleh menggabungkan inventori penerbangan luas dan menawarkan jadual perjalanan dengan diskaun menarik. Kini semua orang boleh menikmati tambang rendah daripada 700 syarikat penerbangan ke lebih 3,000 destinasi di serata dunia.” 

Jared Lee, Naib Presiden Jualan Asia Tenggara, Pasifik Barat Daya dan Benua India Qatar Airways berkata, “Qatar Airways berbesar hati untuk menjadi salah sebuah syarikat penerbangan baharu di airasia Super App. Melalui kerjasama ini, Qatar Airways teruja untuk menghubungkan kembali para tetamu dari Asia Tenggara ke serata dunia dan membawa mereka ke destinasi pilihan sempena perjalanan antarabangsa yang akan dibuka semula tidak lama lagi.”

Estee Ng, Pengurus Negara Malaysia, Thailand dan Brunei Air France dan KLM berkata, “Syarikat penerbangan Air France dan KLM Royal Dutch ingin mengucapkan tahniah kepada AirAsia atas perkembangan airasia Super App. Kami sedia untuk membantu usaha mereka di Malaysia dan teruja untuk melihat sektor perjalanan kembali pulih tidak lama lagi.”

Oscar Reyes, Jr., Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Philippine Airlines berkata, “Philippine Airlines dan AirAsia sentiasa komited untuk memenuhi kemahuan para tetamu kami dari segi keselamatan, keselesaan dan nilai terbaik. Sebagai pemain utama dalam industri penerbangan di Filipina, kerjasama ini telah mengembalikan keyakinan bagi sektor perjalanan udara dan pelancongan. Dengan keadaan yang semakin pulih, kami akan terus bekerjasama dalam pelbagai inisiatif lain yang akan memacu perkembangan ekonomi dan pemulihan selepas pandemik.”

Ian Lorigan, Pengarah Serantau Pengedaran dan Pembayaran IATA Asia Tenggara berkata, “Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan AirAsia Com Travel Sdn Bhd sebagai ejen pelancongan bertauliah IATA. Apabila sempadan dan perjalanan dibuka semula, AirAsia Com Travel akan membuka lebih banyak peluang dengan memudahkan akses komersial kepada syarikat penerbangan terlibat dalam Pelan Pengembilan dan Penyelesaian IATA di Malaysia. Kami akan terus bekerjasama dengan pasukan AirAsia Com Travel Sdn Bhd dan membantu perkembangan perniagaan mereka.”

Untuk meraikan kerjasama dengan rakan kongsi syarikat penerbangan baharu ini, airasia Super App menawarkan promosi istimewa 3 hari sahaja dengan diskaun 50% dari Kuala Lumpur ke London, Istanbul, Helsinki, Abu Dhabi, Phuket dan Bangkok. Terbang dari Bangkok ke London, Los Angeles, Shanghai, Munich, Phuket dan Chiang Mai. Mereka yang menetap di Manila boleh menikmati diskaun yang sama dan terbang dari Manila ke Amsterdam, Los Angeles, Dubai, Maldives, Cebu dan Bangkok. Para tetamu dari Jakarta, Indonesia boleh menempah penerbangan ke Istanbul, Doha, Abu Dhabi, New York, Bali dan Surabaya. Diskaun istimewa 50%* akan tertera semasa membuat pemilihan kod baucar di halaman pembayaran. Penerbangan tersedia untuk tempahan bermula 29 Oktober 2021 (1000hrs GMT +8) hingga 31 Oktober 2021, untuk tempoh perjalanan bermula 8 November 2021 hingga 29 Oktober 2022. Untuk Thailand, tempoh perjalanan bermula dari 3 Januari 2022 hingga 29 Oktober 2022.   

Untuk melengkapkan rancangan perjalanan anda, nikmati diskaun 50% untuk semua penginapan di airasia Super App dengan menggunakan kod promosi AAHOTEL50 dari sekarang hingga 31 Oktober. 

Pada November 2019, AirAsia telah memperkembangkan tawaran dalam talian termasuk penerbangan daripada syarikat penerbangan lain dengan perubahan airasia.com kepada platform perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asia Pasifik bersama syarikat perjalanan teknologi terkemuka, Kiwi.com. Pada November 2020, airasia Super App juga mengumumkan kerjasama dengan Turkish Airlines.  

Ikuti perkembangan terkini dan tawaran daripada airasia Super App di Instagram dan Facebook @airasiasuperapp. Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

*Diskaun maksimum terhad akan dikenakan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama THE HOTEL 2 Ada Plot Twist, Lebih Suspen & Dramatik

Tiket Persembahan ‘A Night With Aina Abdul’ Habis Dijual Dalam Tempoh 48 jam