in , ,

Tiket Persembahan ‘A Night With Aina Abdul’ Habis Dijual Dalam Tempoh 48 jam

Aina Abdul telah memberitahun tiket persembahan A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung pada 16 dan 17 Disember habis dijual dalam tempoh 48 jam sejak mula dibuka kelmarin. Tahniah Aina!

Aina Abdul memberitahu tiket persembahan A Night With Aina Abdul yang bakal berlangsung pada 16 dan 17 Disember telah habis dijual dalam tempoh 48 jam sejak mula dibuka kelmarin. Wow! Laris betul!

Aina berkata dia terkejut dan terharu dengan sambutan luar biasa yang diterimanya itu. Persembahan ini bakal menjadi showcase pertamanya sepanjang berkecimpung dalam bidang muzik.

Aina sebelum ini pernah buat persembahan tapi berskala kecil. Pernah acara yang dianjurkan tidak ramai penonton yang datang dan menyanyi di hadapan satu meja tetamu sahaja.

A Night With Aina Abdul

Tapi kali ini saya tak sangka tiket terjual dengan begitu pantas. Ini adalah impian saya sejak dulu lagi.

– Aina Abdul

Difahamkan rata-rata yang membeli bukan hanya dalam kalangan kelab peminatnya sahaja, tetapi ada juga pencipta muzik yang meminati lagu-lagu yang dia bawakan, serta rakan-rakan selebriti yang turut ingin menyaksikan persembahannya.

Walaupun pada permulaannya banyak perkara yang difikirkan termasuk mampukah tiket terjual sebelum tarikh persembahan itu. Aina Abdul bagaimanapun meluahkan rasa syukur apabila segala urusannya dipermudahkan.

Saya juga enggan fikir panjang sebab bimbang apa yang dirancangkan tak jadi nanti. Kalau dulu ada saja halangan seperti kekangan masa dan kewangan tapi kali ini Alhamdulillah semuanya bergerak sangat cepat.

– Aina Abdul

Aina yang memang sudah lama merancang untuk mengadakan showcase dan mahu mengadakannya secara dalam talian susulan penularan Covid-19. Tetapi sebaik sahaja kerajaan umumkan konsert dibenarkan dia terus berbincang dengan pasukannya untuk menjayakan persembahan itu secara live.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

tony fernandes airasia-2020

airasia Super App Kini Tawar Penerbangan Daripada Lebih 700 Syarikat Penerbangan

PUMA Perkenal Hijab Sukan Pertamanya di Malaysia Yang Versatil & Fleksibel