in , ,

Drama THE HOTEL 2 Ada Plot Twist, Lebih Suspen & Dramatik

Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly & Dini Schatzmann meriahkan musim terbaharu, sebahagian besar pelakon musim pertama kekal

Drama rantaian ‘Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2’ merupakan sekuel kepada bahagian pertama naskhah romantik thriller berjudul ‘The Hotel’ yang mengangkat tentang isu kesihatan mental mengenai pembunuh psikopat terbitan syarikat produksi Juita Viden Sdn. Bhd. Menerusi paparan 18 buah episod, kesinambungan bahagian kedua bakal menampilkan konflik dan unsur plot twist lebih suspen dan dramatik yang dikembangkan daripada jalan cerita musim pertama. 

Idea asal sekuel ‘Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2’ diilhamkan oleh penerbit dan pengarah prolifik, Michael Ang dan diarahkan oleh sutradara Nur Ain Sharif. Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Nadia Khan, Rahim Ramli, Michelle Yoon, Qawiem Hamizan dan Mamu Vies.

Official Poster - Jiwa Yang Kau Puja - Portrait

Untuk sekuel kedua, sebahagian besar barisan pelakon yang membintangi musim pertama masih dikekalkan seperti Sean Lee, Natasha Elyzza, Farah Ahmad, Yasmin Hani, Datin Paduka Eina Azman, Nabil Aqil, Azhar Amir, Asha Merican dan Ku Faridah. Selain daripada mereka, tiga nama popular turut dibawa masuk selaku teraju utama untuk menghidupkan musim terbaharu iaitu Uqasha Senrose, Syazwan Zulkifly dan Dini Schatzmann.

‘Jiwa Yang Kau Puja: The Hotel 2’ akan ditayangkan menerusi slot Megadrama pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 27 Oktober 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusiaplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

1

Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro

Kami amat berbesar hati dengan penerimaan dan sambutan positif audiens sepanjang naskhah ‘The Hotel’ musim pertama bersiaran yang baru sahaja berakhir semalam. 

Seperti yang dijangka, genre berunsurkan thriller dengan pendekatan psikologi yang berlatarbelakangkan unsur pembunuhan, manipulasi, dendam dan cinta seumpama ini lebih mudah dan seringkali mendapat perhatian yang tinggi daripada peminat drama Melayu.  

Untuk mengekalkan momentum naskhah tersebut, kami bawakan penceritaan sekuel kedua secara ‘back-to-back’ agar tidak mengecewakan peminat yang telah mengikuti kisah ini sejak awal. Walaupun masih mengekalkan genre yang sama, kami tidak mahu mempersembahkan sesuatu yang klise dan biasa dihidangkan kepada penonton. 

Oleh itu, kami sentiasa pastikan garapan setiap plot twist diadun dengan kesemua elemen yang diperlukan untuk memberi dimensi baharu dari sudut penceritaan yang mampu membuatkan penonton peka untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya.

Kami berharap agar sekuel kedua drama ‘The Hotel’ ini dapat memberi kepuasan kepada peminat sekaligus mampu memahatkan impak mendalam buat mereka. Semoga terhibur!”. 

4

PECAHAN WATAK DRAMA ‘JIWA YANG KAU PUJA: THE HOTEL 2’

UQASHA SENROSE sebagai Dr. Firhani

SYAZWAN ZULKIFLYsebagai Haziq

SEAN LEE sebagai Umar 

NATASHA ELYZZA sebagai Umaira

DATIN PADUKA EINA AZMAN sebagai Julia

DINI SCHATZMANN sebagai Adri

FARAH AHMAD sebagai Sharifah Hanisa

YASMIN HANI sebagai Tania

NABIL AQIL sebagai Arman

AZHAR AMIR sebagai Syed Jamaluddin

ASHA MERICAN sebagai Marsha

KU FARIDAH sebagai Miss Ros

16

SINOPSIS DRAMA ‘JIWA YANG KAU PUJA: THE HOTEL 2’

Walaupun dengan pengurusan tegas baru di bawah Tania, hotel itu dikejutkan lagi dengan kematian Akash yang merupakan kawan dan rakan perniagaan Umar. Dr. Firhani, penghuni baru di Samudera Suites yang pada mulanya tinggal di unitnya sendiri, berpindah masuk dengan Umaira yang kini tinggal seorang. Konflik antara mereka bermula apabila Dr. Firhani dan Umar mula rapat dan Umaira cemburu. 

Dr. Firhani terus diburu oleh bekas tunangnya, Haziq yang mempunyai keadaan mental yang tidak stabil. Apabila Dr. Firhani dapat tahu yang Haziq membunuh Akash, mencederakan Umar dan menculik Adri (semua akibat sikap posesif melampau Haziq yang tidak mahu mereka mendekati Dr. Firhani), Dr. Firhani dan Umar terpaksa merancang untuk membunuh Haziq bersama-sama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eskayvie Lancar Diffenz Junior, Khusus Untuk Kanak-Kanak

tony fernandes airasia-2020

airasia Super App Kini Tawar Penerbangan Daripada Lebih 700 Syarikat Penerbangan