in , ,

Serlahkan Bakat, Realisasikan Impian Dalam IDOLA KECIL DI RUMAH TV3

Sebut saja Idola Kecil, nama-nama seperti Haqiem Rusli, Azzam Sham, Dayana Amerda, Harris Alif, Wan Azlyn ataupun lebih mesra dikenali sebagai Darling pasti menjadi perbualan orang ramai.

Ternyata pentas Idola Kecil berjaya mencungkil dan mengasah bakat – bakat di usia muda. Setelah 7 tahun, Idola Kecil kembali dengan konsep dan format yang baharu di TV3 dengan ‘Idola Kecil Di Rumah’. 

Bersesuaian dengan norma baharu yang sedang dialami oleh golongan kanak-kanak iaitu sesi pembelajaran dari rumah, Idola Kecil Di Rumah membuka peluang kepada 6 orang kanak-kanak untuk mengikuti pelbagai pengisian program ilmiah dan rekreasi yang bermanfaat. 

IKDR-logo

Menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif, Idola Kecil Di Rumah bakal bersiaran di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021 untuk 8 episod. Program berdurasi satu jam itu menampilkan Sissy Imann sebagai hos dan 6 peserta yang berumur antara 8 hingga 12 tahun. Program ini akan meraikan pemenang mingguan dan seorang pemenang utama di penghujung program berdasarkan prestasi dan cabaran yang dilakukan masing-masing pada setiap minggu. 

Sufian Isa, Penerbit Eksekutif Kanan, Penerbitan Hiburan, Rangkaian Televisyen Media Prima
Muhamad Sufian Che Isa

Menurut Muhamad Sufian Che Isa, Pengurus Projek Idola Kecil Di Rumah, “Pembelajaran di rumah sudah menjadi norma baharu untuk kanak-kanak sejak pandemik Covid-19. Selain pendidikan teras, mereka juga perlu didedahkan dengan kemahiran hidup dan diberikan peluang untuk menyerlahkan bakat. Jadi, Idola Kecil Di Rumah mengambil pendekatan melakukan sesi rakaman secara atas talian dengan 6 peserta terpilih ini. Selain melakukan persembahan secara maya dari rumah, para peserta juga diberikan cabaran – cabaran yang berbeza seperti Sembang IK dan Genius IK untuk menguji kebolehan komunikasi, IQ dan kecerdasan otak. Kami juga akan memaparkan selebriti jemputan dalam setiap episod untuk berinteraksi dengan peserta-peserta ini supaya pengisian program tetap menarik walaupun ia dirakam secara maya.” 

Bryan Wong, Pengurus Besar GSK Consumer Healthcare Malaysia
Bryan Wong

Idola Kecil Di Rumah menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif. “Kanak-kanak sentiasa aktif dan mempunyai sifat ingin tahu seperti mana yang digambarkan dalam siri permainan baharu ini yang mencabar minda, stamina dan kemahiran mereka melalui aktiviti dalaman dan luaran. Aktiviti-aktiviti ini adalah pengalaman pembelajaran yang positif, di mana mereka perlu mengenal pasti dan menerapkan strategi yang berbeza untuk menyelesaikan masalah. Scott’s Gummies dengan DHA mempertingkatkan sifat ingin tahu di kalangan kanak-kanak dan ia mengandungi DHA. DHA adalah blok utama yang membina perkembangan otak dan fungsi mata. Kolaborasi kami bersama Media Prima bertujuan untuk mendorong kanak-kanak mencabar minda dan melibatkan diri mereka dalam penyelesaian masalah melalui aktiviti-aktiviti yang menarik dan mencabar,” kata Bryan Wong, Pengurus Besar, GSK Consumer Healthcare Malaysia. 

Idola Kecil Di Rumah menampilkan 6 kanak-kanak yang berbakat besar. Mereka ialah Adaputra Iskandar Danial bin Asdahrizam (Ada, 11 tahun, Selangor), Nur Zulaikha binti Mohamad Riduan (Ikha, 12 tahun, Selangor), NurAdyena Hanim binti Abdul Hamid (Dyna, 11 tahun, Negeri Sembilan), Razfazreyza Fenge bin Mat Rafengi (Reyza, 12 tahun, Selangor), Nur Marsha Auni Zahira (Asha, 12 tahun, Kuala Lumpur) dan Nur Qaireen Izyan Damia binti Jukiri (Qyen, 11 tahun, Sabah). 

Ada (1)
ADA
Asha
ASHA
Dyna (1)
DYNA
Ikha (2)
IKHA
Reyza
REYZA
Q-yen
Q-YEN

Selain itu, Sissy Imann juga akan bergandingan dengan hos yang berlainan pada setiap episod. Lebih istimewa, mereka ialah ahli keluarga Idola Kecil iaitu Haqiem Rusli, Afiq Syazwan, Didi Astilah, Syada Amzah, Azzam Sham, Irfan Haris dan Harris Alif! 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Idola Kecil Di Rumah yang menampilkan Scott’s sebagai penaja eksklusif di TV3 pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang bermula 10 Oktober 2021. Gunakan #IdolaKecilDiRumah #IdolaKecil2021  #scottsrainbow #scottsdhagummies #scottsvitcpastille untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamsul Yusof Beri Bayangan KL GANGSTER 3 Bakal Kembali?

Celcom Lancar Pelan Keluarga Tanpa Had Pertama Di Malaysia