in , ,

Celcom Lancar Pelan Keluarga Tanpa Had Pertama Di Malaysia

Nikmati kemudahan bagi seisi keluarga bersama penjimatan hebat untuk alat peranti terkini

  • Satu-satunya Pelan Keluarga sehingga 6 Talian Keluarga serendah RM40 sebulan dan boleh berkongsi internet tanpa had bersama ahli keluarga tanpa syarat, kontrak dan begitu mudah.
  • Gabung & Jimat sehingga RM2,3230 dengan pilihan peranti untuk ahli keluarga anda.
  • Miliki peranti terkini dengan pembiayaan tanpa faedah & pulangan tunai sebanyak RM100 dengan HSBC.
  • Diskaun sebanyak 50% bagi Celcom Phonecare™.
  • Gabung Pelan Keluarga anda dengan Celcom Home Fibre dan nikmati penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 sebulan.
  • Akses PERCUMA bagi VIP iQiyi selama 6 bulan melalui add-on Video Walla™ Plus, untuk langgan K-drama, rancangan tempatan, filem Asia serta rancangan anime yang popular.
Celcom Lancar Pelan Keluarga Tanpa Had Pertama Di Malaysia

Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkenalkan Talian Keluarga pascabayar mampu milik pertama di Malaysia dengan akses Internet tanpa had, membolehkan seluruh keluarga Malaysia menikmati hingga 6 Talian Keluarga dengan kesalinghubungan yang lancar. Pelan Celcom MEGA™ Family yang ditambahbaik ini menawarkan fleksibiliti untuk menggabungkan iPhone13 terbaru dengan Apple Watch atau AirPod Pro pilihan anda dengan penjimatan sehingga RM2,320.

Celcom Lancar Pelan Keluarga Tanpa Had Pertama Di Malaysia

Permintaan untuk lebih banyak kuota Internet kini semakin meningkat dengan pantas kerana pelbagai pilihan kandungan tersedia di Internet. Seluruh keluarga Malaysia menggunakan Internet untuk pelbagai jenis kandungan digital dan oleh itu, pelan pascabayar Celcom MEGA™ menawarkan Talian Keluarga dengan akses Internet tanpa had serta kuota Hotspot 5GB, dengan serendah RM40 setiap talian.

Pelan Keluarga Celcom MEGA™ yang ditambahbaik boleh dilanggan dengan pelan utama pascabayar Celcom MEGA™ RM128 dan ke atas, menyediakan sehingga 6 Talian Keluarga bagi setiap akaun dan membawa hiburan terbaik dengan memberi akses VIP PERCUMA bagi iQiyi selama 6 bulan melalui Video Walla™ Plus, untuk menonton K-drama, drama dan filem Cina dan tempatan, rancangan anime yang popular, serta pelbagai lagi program di platform tersebut. 

Selain itu, pelanggan pelan pascabayar Celcom MEGA™ RM128 dan ke atas juga dapat menikmati perkhidmatan Servis Keutamaan Celcom yang merangkumi pemilihan nombor khas, terma kredit dilanjutkan selama 45 hari serta perkhidmatan dan panggilan pelanggan yang lebih pantas. Pelanggan Pelan Keluarga Celcom MEGA™ juga dapat menikmati penjimatan seumur hidup sebanyak RM21 setiap bulan apabila mereka mendaftar dengan Celcom Home Fibre™ 100Mbps, yang membolehkan isi rumah nikmati perkhidmatan kesalinghubungan, tanpa sebarang kebimbangan.

Sebagai tambahan, pelan pascabayar Celcom MEGA™ RM98 dan ke atas bersama Talian Keluarga menawarkan peluang eksklusif kepada pelanggan untuk menggabungkan telefon pintar dengan peranti pilihan tambahan bagi seluruh keluarga mereka. Pelanggan boleh menambah telefon pintar android PERCUMA dan nikmati penjimatan lebih banyak apabila anda menambah sebanyak RM549 untuk tablet Samsung A7 Lite.

Pelanggan juga boleh memiliki 2 peranti Apple dengan mudah termasuklah iPhone 13 terbaru bersama peranti Apple tambahan seperti Airpods atau Apple Watch, dengan penjimatan hebat sehingga RM2,320 serta diskaun sebanyak 50% untuk Phonecare™. Selain itu, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana cawangan bluecube Celcom untuk memiliki peranti iPhone melalui Pelan Bayaran Ansuran Kad Kredit (EPP) HSBC pada kadar 0% dan nikmati pulangan tunai sebanyak RM100 apabila mereka melanggan mana-mana pakej peranti melalui pelan pascabayar Celcom MEGA™ RM128 dan ke atas.

Celcom Lancar Pelan Keluarga Tanpa Had Pertama Di Malaysia
Chee Loo Fun

Chee Loo Fun, Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata Berhad berkata, Pelan Keluarga pascabayar Celcom MEGA™ yang telah ditambahbaik dengan akses Internet tanpa had adalah pelan terkini yang paling inovatif dan berpatutan di Malaysia, menawarkan kemudahan dan fleksibiliti untuk keperluan kesalinghubungan untuk kesemua keluarga Malaysia.

“Pengalaman internet adalah unik bagi setiap individu, dan dengan Pelan Keluarga Celcom MEGA™ terkini yang ditambahbaik di rangkaian terluas Celcom, rakyat Malaysia kini dapat menikmati gaya hidup dan pengalaman digital unik mereka dengan akses internet tanpa had dan lebih mudah. Bagi keluarga yang lebih berminat untuk menikmati perkhidmatan kesalinghubungan tanpa sebarang kebimbangan boleh melanggan pelan Unlimited Family kami untuk pengalaman internet tanpa had, untuk pengstriman, bermain atas talian, melayari internet dan banyak lagi pada kelajuan internet yang konsisten.

“Selain itu, kami juga menawarkan penjimatan hebat untuk keluarga Malaysia yang ingin memiliki telefon pintar baru dengan mudah, termasuk peranti terkini di pasaran yang menyokong rangkaian 5G. Pelanggan boleh memiliki 2 peranti Apple terkini yang juga dilengkapi 5G dengan penjimatan hebat sehingga RM2, 320, dan terus berhubung secara digital”, menurut Chee.

Sebagai tambahan, rakyat Malaysia kini boleh beralih ke Celcom dengan mudah melalui aplikasi Celcom Life. Pelanggan baru boleh memuat turun aplikasi Celcom Life melalui Google Playstore atau Apple Store, dan nikmati akses serta merta bagi mana-mana pelan pascabayar atau prabayar Celcom.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web kami www.celcom.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sissy Iman | 23

Serlahkan Bakat, Realisasikan Impian Dalam IDOLA KECIL DI RUMAH TV3

Zahiril Adzim | 24

Memperingati & Menghayati Maulidur Rasul 2021/1443H di RTM