in ,

Syamsul Yusof Beri Bayangan KL GANGSTER 3 Bakal Kembali?

Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof memberitahu bakal menerbitkan filem KL Gangster 3 tidak lama lagi.

Pengarah filem yang pernah mendapat kutipan ‘box office’ ini telah memberikan ‘hint’ buat peminatnya menerusi hantaran video trailer filem KL Gangster ke 2 di Instagramnya.

Meskipun industri perfileman mengalami kegawatan dan kemerosotan ekoran wabak COVID-19 hingga menjejaskan jumlah kutipan tayangan filem, namun ia tidak mematahkan semangat buat Syamsul untuk terus menghasilkan karya terbaik buat peminatnya.

“Penggiat filem dilanda banyak halangan kerana masalah covid19. Termasuklah abang sebagai pengarah dan penerbit

“Isunya sinema semakin berkurang seluruh negara apatah lagi jumlah penonton yg dibenarkan masuk terhad.

“Ada banyak pawagam yang tutup. Tak apa abang redha kerana banyak lagi sektor lain juga terjejas,”

– Syamsul Yusof
Syamsul Yusof

Syamsul turut memberitahu akan memulakan proses penggambaran buat filem ini sekiranya keadaan kembali reda, dan hanya menunggu masa yang sesuai.

“Ni semua tak akan rendahkan semangat abang untuk hasilkan filem “KL Gangster 3 The Finale”

“Kepada peminat, kita tenang dulu sampai keadaan negara betul-betul pulih. InsyaAllah masanya akan sampai. Jika Allah izin, kita akan mulakan penggambaran.

“Abang mesti buat untuk korang. Ini barang baik,”

– Syamsul Yusof

Terdahulu, filem KL Gangster 2 telah di sabotaj oleh pihak tidak bertanggungjawab, apabila telah menayangkan filem berkenaan awal sebulan sebelum tarikh sebenar tayangannya menerusi platform digital secara haram.

Ekoran daripada kejadian tersebut, ia telah memberikan impak yang amat besar buat pengarah berbakat ini hingga telah menjejaskan emosinya pada saat itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Honor Lancar Telefon Pintar Untuk Vlogger HONOR 50 Pada 18 Oktober 2021

Serlahkan Bakat, Realisasikan Impian Dalam IDOLA KECIL DI RUMAH TV3