in ,

Transformasi Digital Bagi PKS Malaysia

Kadar penggunaan yang menggalakkan melalui Celcom Business Suite™ bersama Microsoft 365

Celcom Axiata Berhad (Celcom) dalam jalinan kerjasama berterusan dengan Microsoft Malaysia telah berjaya mencapai dan mendigitalkan banyak PKS Malaysia melalui kit digital sehenti untuk PKS, Celcom Business Suite™. Kini, pelbagai PKS tempatan di seluruh negara dari pelbagai industri seperti runcit, kecantikan, logistik, perkhidmatan kontraktor, bengkel kereta, logistik dan banyak lagi, telah menggunakan penyelesaian digital dan aplikasi Microsoft 365 melalui Celcom Business Suite™ Productivity Pack.

Dalam menyokong PKS Malaysia, kesemua langganan kepada pelan Celcom Business Suite™ sehingga 22 Oktober 2021, dikecualikan daripada caj selama tiga bulan. Sebagai tambahan, PKS akan menikmati penjimatan sehingga 30% selama setahun dengan Geran Padanan Pendigitalan PKS yang diperkenal oleh kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).

Bersama Microsoft, Celcom menawarkan penyelesaian yang dipercayai, inovatif dan mampu dimiliki, serta menggabungkan aplikasi produktiviti digital bersama pelan mudah alih, bagi membolehkan pemilik perniagaan untuk segera menyesuaikannya dengan keperluan dalam norma baharu. Pelan yang ditambahbaik membolehkan mereka menguruskan perniagaan dan beroperasi dengan lancar melalui pelan pascabayar Celcom MEGA™ yang turut merangkumi aplikasi Microsoft 365 dan Microsoft Teams tanpa had, pada harga yang berpatutan. 

Picture 2 - K. Raman, Managing Director of Microsoft Malaysia
K. Raman, Managing Director of Microsoft Malaysia

Kunci di antara penyelesaian digital ini adalah platform kolaboratif seperti Microsoft Teams, yang telah menjadi aset yang tidak ternilai bagi perniagaan di Malaysia dan di seluruh dunia, memacu produktiviti dan pertumbuhan perniagaan melalui kolaborasi yang lancar walaupun bekerja di luar pejabat. Lebih daripada 250 juta orang di seluruh dunia kini menggunakan Microsoft Teams sebagai platform komunikasi yang digemari, dan membantu mereka kekal kompetitif dan kukuh di sebalik cabaran pandemik. Celcom Business Suite™ menyasarkan untuk memanjangkan faedah tersebut kepada PKS Malaysia dengan lebih pantas dan efektif dari segi kos bagi memacu pertumbuhan PKS tempatan. 

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata “Ketika landskap ekonomi negara berusaha bangkit daripada kesan pandemik, adalah penting bagi lebih banyak perniagaan untuk menggunakan digitalisasi dan dapat menyesuaikan diri dengan norma baru. Kami mengalukan pemilik perniagaan untuk merebut peluang ini melalui kit penyelesaian digital yang inovatif daripada kami, Celcom Business Suite™, yang menawarkan caj langganan percuma selama tiga bulan dan akses kepada aplikasi inovatif daripada Microsoft.  

“PKS merupakan segmen yang terus berkembang dalam memacu ekonomi negara, dan Celcom amat menghargai kerjasama yang dijalin dengan Microsoft Malaysia untuk terus menyediakan penyelesaian digital yang mampu dimiliki kepada semua PKS di Malaysia. Dengan menggabungkan liputan rangkaian LTE Celcom yang terluas di negara ini, kapasiti kami sebagai penyedia penyelesaian digital bagi syarikat atas talian, sekecil-kecil perniagaan mahupun perusahaan yang lebih besar adalah bertujuan untuk mewujudkan situasi ‘menang bersama’ serta menyediakan ekosistem digital yang lebih mampan dan memberi faedah kepada rakyat dan negara,” menurut Idham.  

“Setiap organisasi tidak mengira saiz ataupun sektor, perlu melalui transformasi digital untuk memastikan mereka kekal kompetitif dan kukuh. Kerjasama kami dengan Celcom melalui inisiatif Bersama Malaysia, dan Celcom Business Suite™ yang merangkumi Microsoft 365, merupakan antara contoh bagaimana kami dapat bersama-sama mencapai pertumbuhan ekonomi yang inklusif sejajar dengan aspirasi digital negara,” menurut Raman K, Pengarah Urusan Microsoft di Malaysia. 

Selain itu, Celcom dan Microsoft Malaysia menyasarkan untuk memacu adaptasi digital melalui teknologi dan perkhidmatan Pengkomputeran Awan, dan menawarkan potensi tanpa had kepada pemilik PKS dalam transformasi operasi perniagaan mereka dengan mudah dan menjimatkan kos. Teknologi Pengkomputeran Awan menggabungkan perkakas dan platform bagi aplikasi, infrastruktur, penstoran data, perisian-rangkaian, keselamatan dan pengalaman penggunaan bersama kelebihan untuk pemulihan laman web yang boleh dipercayai. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netflix Terbitkan Foto Latar Belakang Bertemakan ‘Squid Game’ Untuk Mesyuarat Online

KJ Umum Satu Syarat Yang Perlu Dibuat Jlka Nak Balik Kampung Semasa Rentas Negeri Nanti