in , ,

KJ Umum Satu Syarat Yang Perlu Dibuat Jlka Nak Balik Kampung Semasa Rentas Negeri Nanti

Hanya tinggal dua peratus untuk mencapai kadar lengkap 90 peratus v.aksinasi populasi dewasa apabila semalam merekodkan jumlah 88 peratus. Ramai yang harapkan kita dapat rentas negeri tak lama lagi.

Perkembangan itu memberi gambaran bahawa peluang kepada rakyat Malaysia untuk rentas negeri hampir mencapai sasaran sekali gus boleh pulang ke kampung halaman atau bercuti ke mana-mana destinasi dalam tanah air.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, berbaki dua peratus untuk pembukaan rentas negeri dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi mohon MyTravelPass untuk ke luar negara.

“88 peratus populasi dewasa telah lengkap v.aksin. Ini menunjukkan dua peratus untuk pembukaan sempadan dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi mohon MTP untuk mengembara ke luar negara,” ciap Khairy menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

KJ Umum Satu Syarat Yang Perlu Dibuat Jlka Nak Balik Kampung Semasa Rentas Negeri Nanti

Buat Ujian RTK Dulu Sebelum Rentas Negeri

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin meminta orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman selepas rentas negeri dibenarkan, menjalani ujian kit ujian kendiri C0vid 19 RTK air liur bagi memastikan mereka selamat daripada virus itu sebelum bertemu ibu bapa.

Kata beliau, mereka yang terd.edah kepada penularan digalakkan untuk berbuat demikian secara berkala.

“1.6 peratus sebelum sempadan antara negeri dibuka. Semasa Kementerian Kes.ihatan telah beralih ke ujian simptomatik, kami mendorong orang yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

“Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa berusia, lakukan ujian air liur RTK. Jaga keselamatan mereka.

“Dalam peralihan menuju endemik, kita tidak perlu melibatkan pihak polis dan sebagainya bagi membuat sekatan jalan raya untuk memastikan anda telah div.aksinasi penuh atau menjalani ujian. Kini bergantung kepada tanggungjawab dan sikap, saya yakin kita boleh menghadapi cabaran pembukaan selamat,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Terdahulu, menurut laman C0vidNow, sebanyak 20,698,852 atau 88.4 peratus rakyat berumur 18 tahun ke atas telah lengkap menerima v.aksin C0vid 19 manakala 94.5 peratus sekurang-kurangnya satu dos.

Perkembangan itu menyaksikan berbaki 1.6 peratus untuk menyasar kadar lengkap 90 peratus vaksinasi C0vid 19 populasi dewasa apabila semalam merekodkan jumlah 88.4 peratus.

Ia sekali gus memberi gambaran awal bahawa sasaran 90 peratus boleh dicapai sekurang-kurangnya minggu ini seperti menepati hasrat kerajaan untuk membenarkan rentas negeri jika tercapai.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kelonggaran rentas negeri dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar v.aksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat Kementerian Kes.ihatan.

Perkara berkenaan diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan P.andemik yang dipengerusikan Perdana Menteri pada 22 September lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Transformasi Digital Bagi PKS Malaysia

Tiada Lagi IGTV, Instagram Kini Benarkan Anda Muat Naik Video Berdurasi Sehingga 60 Minit