in , ,

Chris Pratt Bawa Watak Mario dalam Filem SUPER MARIO BROS

Pastinya ramai peminat permainan ini teruja nak menonton filem SUPER MARIO BROS. Tambah menarik apabila sang hero Hollywood ini iaitu Chris Pratt Bawa Watak Mario.!

Nintendo dan Illumination telah mengumumkan barisan pelakon filem dan tarikh tayangan filem terbaru Super Mario Bros. Ketika sesi ‘liveasteam’ Nintendo Direct pada hari ini, Nintendo telah mendedahkan tarikh pelepasan filem akan datang, iaitu pada 21 Disember 202, di Amerika Utara dan mempunyai tarikh pelancaran 2022 di seluruh dunia. 

Chris Pratt dan Charlie Day telah dipilih untuk memainkan permainan video adik-beradik Mario dan Luigi, yang mana kedua-duanya adalah merupakan tukang paip Itali terjun ke dunia musuh dan fantasi dalam siri permainan Nintendo yang digemari oleh gamer. Anya Taylor-Joy pula akan memegang watak Princess Peach.

Chris Pratt Bawa Watak Mario dalam Filem SUPER MARIO BROS

Bintang Guardians of the Galaxy, Chris Pratt akan membawa suara Mario dalam peranan utama. Menyertai Pratt adalah Charlie Day sebagai Luigi, Anya Taylor-Joy sebagai Princess Peach, Jack Black sebagai Bowser, Keegan-Michael Key sebagai Toad, Seth Rogen sebagai Donkey Kong, Kevin Michael Richardson sebagai Kamek, Fred Armisen sebagai Cranky Kong, dan Sebastian Maniscalco sebagai Spike.

Chris Pratt Bintangi Filem Super Mario Bros.

“Kami bekerjasama dengan Chris dan pasukannya yang berpengalaman, bukan sekadar hanyabikin filem berlesen karakter, tetapi hiburan yang segar dan baru yang menghidupkan Super Mario Bros. di layar, dan memungkinkan semua orang menikmati sama ada mereka tahu atau tidak tentang permainan ini,”

– Miyamoto

Pelakon suara asal Mario, Charles Martinet, turut terlibat dan akan “membuat kemunculan istimewa dalam filem ini.”

Pencipta Mario, Shigeru Miyamoto, akan menjadi penerbit bersama wakil Illumination, Chris Meledandri.

Pastinya ramai peminat permainan ini teruja nak menonton filem SUPER MARIO BROS. Tambah menarik apabila sang hero Hollywood ini iaitu Chris Pratt Bawa Watak Mario.!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rentas Negeri Beberapa Minggu Lagi Setelah Apabila Capai 90% Penduduk Yang Divaksinasi

Norman Hakim Tayang Badan Kekar, Bakar Semangat Untuk Lelaki Yang Nak Sado