in , ,

Norman Hakim Tayang Badan Kekar, Bakar Semangat Untuk Lelaki Yang Nak Sado

Nampaknya sekarang ni dah jadi trend, musim artis “belanja”gambar body berotot kekar semakin menjadi-jadi. Terbaru, pelakon yang juga diberi gelaran sebagai “Wolverine Malaysia” belanja aksi gambar tubuh kekar. Wah! Sakan bang!

Tujuannya bukanlah nak menunjuk-nunjuk tapi khabarnya Norman Hakim ingin memberikan motivasi dan semangat buat mereka di luar sana yang ingin membina badan atau nak menguruskan badan.

Norman yang menjengah usia 45 tahun berkongsi, waktu selepas Subuh adalah masa yang sesuai yang memuat naik gambar bahagian perut seperti yang disarankan oleh jurulatihnya.

Norman Hakim

“Dapat memo daripada jurulatih yang menyuruh saya memastikan bahagian abdomen diperiksa selepas waktu Subuh dan sebelum masuk Syuruk. Menurutnya, ketika jangka masa itu, keadaan abdomen tidak boleh menipu.

“Baiklah coach, saya sudah buat dan mengira masih ada 8 pax di situ. Cuma bukan semua bahagian perut boleh dikongsikan di media sosial ini. Selebihnya akan dihantar kepada jurulatih menerusi aplikasi Whatsapp,”

– Norman Hakim

Ramai rupa-rupanya yang kagum melihat tubuh kekar pelakon Norman Hakim yang berotot mantap walaupun semakin berusia.

Norman Hakim

Biarpun bergelar bapa kepada enam orang cahaya mata namun Norman dapat mengekalkan bentuk tubuh ketika zaman bujang, malah fizikalnya lebih sasa berbanding sebelum ini. 

Ramai pengikutnya dalam Instagram meninggalkan komen mengagumi tahap disiplin suami Memey Suhaiza itu menjaga bentuk badannya supaya kekal berotot dan tegap.

Malah, ramai juga anak muda yang ingin jadikan Norman sebagai inspirasi dalam aspek menjaga kesihatan tubuh walaupun telah berusia.

Norman Hakim

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagramnya itu, Norman memberitahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah peningkatan kolesterol dalam badan.

Bahkan Norman sendiri tidak menyangka perkara tersebut boleh terjadi pada dirinya memandangkan dia seorang yang aktif bersenam demi menjaga kesihatan.

Selain itu, Norman turut melatih anak lelakinya untuk turut sama membina badan bersamanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chris Pratt Bawa Watak Mario dalam Filem SUPER MARIO BROS

Pelawak Terkenal & Rakan Kemalangan, Langgar Penghantar Makanan