in ,

Rentas Negeri Beberapa Minggu Lagi Setelah Apabila Capai 90% Penduduk Yang Divaksinasi

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob percaya kelonggaran untuk rentas negeri akan dapat diberikan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Beliau berkata, ia ekoran sebanyak 81 peratus populasi dewasa ataupun 18.9 juta individu telah divaksin sehingga Rabu lalu.

“Ini yang ditunggu-tunggu, iaitu untuk rentas negeri apabila mencapai 90 peratus penduduk yang divaksinasi.

“Kalau Rabu baru-baru ini dah 81 peratus, maknanya dah tak lama dah nak rentas negeri. Jadi bolehlah balik kampung jumpa ibu bapa, saya difahamkan ada dah setahun tak berpeluang jumpa ibu bapa dan sebagainya, Insya-Allah,”

– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Rentas Negeri Beberapa Minggu Lagi Setelah Apabila Capai 90% Penduduk Yang Divaksinasi

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Rumah Ikram Keluarga Malaysia di sini.

Ismail Sabri pada Rabu lalu mengumumkan pergerakan rentas negeri akan dibenarkan sekiranya 90 peratus penduduk dewasa telah divaksinasi berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Selain rentas negeri, pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan juga dibenarkan dibuka sekiranya mencapai kadar vaksinasi dewasa ditetapkan tersebut.

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Undur Diri dari ABP, Beri Peluang Untuk Pendatang Baharu

Chris Pratt Bawa Watak Mario dalam Filem SUPER MARIO BROS