in , ,

Ini Senarai Harga Jualan iPad & iPad Mini Terbaru di Malaysia

Selain menyenaraikan harga siri iPhone 13 di laman web rasmi, Apple Malaysia turut telah meletakkan senarai harga rasmi untuk tablet terbaru mereka, iPad generasi-9 dan iPad mini generasi-6. Bagaimanapun, tarikh jualannya di Malaysia masih belum diberitahu.

Tablet kegemaran ramai ini dikemaskini dengan cip A13 Bionic dengan kamera hadapan 12MP dilengkapi fungsi baru Apple Centre Stage. Apple juga tidak lagi memberikan storan 32GB, sebaliknya menawarkan storan 64GB sebagai model paling murah.

Ini Senarai Harga Jualan iPad & iPad Mini Terbaru di Malaysia

Berikut adalah senarai harga rasmi iPad 10.2-inci generasi ke-9 di Malaysia:

  • 64GB WiFi – RM1,499
  • 64GB WiFi + Selular – RM2,119
  • 256GB WiFi – RM2,149
  • 256GB WiFi + Selular – RM2,769

Untuk warna, Apple tidak lagi menyediakan warna emas. iPad baru kini hanya ada dua warna, Kelabu dan Perak. Kedua-duanya datang dengan bingkai hitam dan mengekalkan Touch ID di bawah skrin.

Ini Senarai Harga Jualan iPad & iPad Mini Terbaru di Malaysia

iPad mini 8.3-inci

Kini dengan rekaan serba baharu yang mirip iPad Air, iPad mini generasi ke-6 dikuasakan cip terbaru A15 Bionic yang sama dengan iPhone 13. Ia datang dengan warna-warna menarik iaitu kelabu, merah jambu, ungu dan kuning.

Dengan perkakas berkuasa tinggi ini, harganya juga ditinggikan. Tablet mini Apple ini kini bermula dari RM2,299 iaitu RM600 lebih mahal dari generasi sebelumnya. Berikut adalah harga rasmi iPad mini 8.3-inci generasi ke-6 di Malaysia:

  • 64GB WiFi – RM2,299
  • 64GB WiFi + Selular – RM2,949
  • 256GB WiFi – RM2,949
  • 256GB WiFi + Selular – RM3,599

Harga iPad mini ini sudah menghampiri harga iPad Air yang bermula dari RM2,599 dengan 64GB dan WiFi. Tetapi perkara yang lebih baik di iPad mini adalah sokongan 5G di mana iPad Air hanya menyokong LTE.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pindah Ke Bali, Ini Status Terkini Rancangan Nourul Depp

Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir