in , ,

Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir

Salam takziah buat Bella Astillah sekeluarga di atas pemergian datuknya yang telah meninggal dunia pada hari ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Salam takziah diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah dan adiknya, Didi Astillah di atas pemergian datuk mereka yang telah meninggal dunia pada hari Jumaat lalu iaitu 9 September. Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Bella yang berada di Sabah atas urusan kerja terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan datuknya yang dipanggil sebagai Lolo itu ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir. 

Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir

“Lolo / Atuk Bella telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di hari yang mulia pada hari Jumaat. Datang sabah atas urusan kerja, tapi nda sangka lolo pergi buat selama-lamanya. Walaupun kami dekat, tapi tidak boleh jumpa sebab keadaan kita sekarang ni,”

– Bella Astillah

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu memaklumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagram miliknya: 

“Atuk sedang di forensik (kalau jenazah positif covid kami tidak boleh ambil, kalau negatif baru boleh) Allahuakhbar. 

“Sampai bila macam ni?! Sepatutnya kami mau mengasi kawan selama ditahan tp tidak benarkan. Adakah SYSTEM akan berterusan srperti ini sampai bila-bila?

HANYA BOLEH TENGOK SAAT2 akhir BELIAU MELALUI VIDEO CALL tak dapat peluk, tak dapat cium. Allahuakhbar,” 

– Bella Astillah
Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir

Namun Bella sekurang-kurangnya sedikit lega kerana sempat meluangkan masa bersama datuknya ketika membawanya bercuti di Genting Hightland waktu dia berkunjung ke Kuala Lumpur. 

“Tapi sebelum pandemik, Bella dgn Aliff dapat bawa dia ke KL, bawa bercuti pergi Genting mashaAllah :’( kami rindu betul. Allah s.w.t lebih menyayangi mu. Semoga lolo ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,”

– Bella Astillah
Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir

Semoga Bella Astillah bersabar menghadapi dugaan ini. Bella Astillah Kehilangan Datuk, Terkilan Tak Dapat Jumpa Buat Kali Terakhir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Harga Jualan iPad & iPad Mini Terbaru di Malaysia

Tahniah! Bekas Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit Kini Hamil Anak Sulung