in , ,

Sinopsis Siri Komedi Romantik Filipina, SINCE I FOUND YOU Ditayangkan di TV2

Slot Asian Screen On 2 di TV2 bakal berkongsi tayangan siri Filipina bertajuk “Since I Found You” yang membariskan pelakon terkenal republik itu termasuklah Piolo Pascual, Arci Munoz, Alessandra De Rossi, Empoy Marquez dan Kate Alejandrino.

Menerusi episod pertamanya pada 1 September ini, dan seterusnya setiap Isnin hingga Rabu, pukul 9.00 malam di TV2, penonton RTM yang gemarkan tayangan drama bersiri dari negara-negara Asia ini dapat mengikuti kisah Nathan, seorang ahli perniagaan yang berpengalaman dan merupakan pemilik syarikat pembinaan terkemuka di Filipina. Walaupun tampan dan berkarisma, para pekerjanya seringkali merasa takut dengan gaya kepemimpinannya yang sukar dijangka.

Nathan kemudian bertemu dengan Dani, gadis yang boleh dipercayai oleh ibu bapanya, yang pelatih industri di syarikat Nathan. Sementara itu walaupun sentiasa berdepan dengan masalah dan kesukaran dengan pekerjaannya, Ginno, pembantu kerjaya Nathan, akan membimbingnya dan memastikan dia menyelesaikan pekerjaannya.

Since I Found You

Di samping itu, ada Janice, setiausaha bos, yang bekerja keras untuk keluarga dan anaknya. Juga situasi di pejabat dihidupkan oleh James, penggerak syarikat yang selalu memastikan semua orang tertawa gembira dengan telatahnya.

Perjalanan warna warni kehidupan mereka semua yang berasal daripada pelbagai lapisan masyarakat, tetapi cinta akan mengikat kehidupan mereka yang berbeza melatari siri komedi romantik ini.

Konflik bermula ketika Dani jatuh cinta kepada bosnya, Nathan. Sebaliknya Ginno pula dalam diam mendapati dirinya sudah memiliki perasaan terhadap pelajar pelatih tersebut. 

Tetapi selain dari Dani, Janice juga sebenarnya cinta kepada Nathan, dan pada masa sama dia telah mengabaikan perasaan James terhadapnya.

Dalam konflik cinta yang terjadi itu apakah kesudahannya? Dapatkah Nathan memilih jodoh yang dirasakan paling serasi dan memahami dirinya? Begitu gadis-gadis yang meminatinya, dapatkah mereka bertemu dengan jodoh lain yang sememangnya dapat menjamin cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan? Ikuti kesudahannya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kini Anda Boleh Ambil Gambar ‘Awesome’ dengan Samsung Galaxy A22 & Galaxy A22 5G

Tahniah! Filem EJEN ALI MISI: JUANG Menang Anugerah Animasi 3D Terbaik