in , ,

Drama Romantik Komedi LIFE LILA Lakonan Shasha Abedul, Aniq Suhair

Life Lila mengisahkan Lila, seorang selebriti media sosial yang bekerja di syarikat kosmetik, Glow and Glo.

Kepulangan Lila ke kampung menimbulkan banyak persoalan kerana orang kampung sudah tidak mendengar khabarnya selama 5 tahun. Lila yang terkenal dengan kecerdasannya sering menjadi tumpuan orang kampung. Bersediakah selebriti media sosial ini berterus-terang hal sebenarnya pulang ke kampung dan berhadapan dengan pelbagai situasi yang bakal berlaku? 

Mulai hari ini (21 Januari 2022), drama romantik komedi Life Lila lakonan oleh Shasha Abedul, Aniq Suhair, Siti Hariesa, Nia Atasha, Dilla Ahmad dan Zuraini Kassim bakal mengisi slot Lestary TV3 pada  setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my 

Life Lila (poster)

Drama bersiri 13 episod ini diterbitkan oleh Mermaid Studios Sdn Bhd dan diarahkan oleh Liyana Jasmay dengan idea asal oleh Adriana Jasmay serta nukilan skrip oleh Faten Syamimie. Life Lila mengisahkan Lila, seorang selebriti media sosial yang bekerja di syarikat kosmetik, Glow and Glo. Lila terlalu obses dengan perkongsian di platform media sosial sehingga mengambil sikap mengambil mudah terhadap orang sekelilingnya. 

Kehidupan peribadi Lila dan teman lelakinya, Jeff yang sering dipaparkan di laman media sosial mula menimbulkan rasa muak pada Jeff. Tambahan lagi dengan sikap Lila yang tidak menjaga penampilannya sejak menerima tawaran review makanan. Lila juga mula bersikap tidak serius di tempat kerjanya dan selalu lambat datang bekerja. Lila menganggap pelanggan yang datang ke kedai hanya kerana mahu melihatnya. 

Akhirnya, Lila diberhentikan kerja serta-merta, ditinggalkan oleh Jeff dan dihalau keluar oleh rakan serumahnya, Maria kerana selalu lambat membayar sewa rumah. Tanpa tempat untuk dituju, Lila mengambil keputusan untuk pulang ke kampung. 

Kepulangan Lila disambut baik oleh ibunya, Julia dan bekas kawan baiknya, Aina. Hubungan Lila dan Aina menjadi renggang kerana Aina tidak mengikuti Lila sambung belajar di bandar. Lila masih menyimpan perasaan marah terhadap Aina yang membuat keputusan untuk tinggal di kampung. Tambahan pula, Aina sudah mempunyai kawan baik baharu iaitu Bibi. 

Lila terkejut dengan berita ibunya akan berkahwin dengan ayah Aina, Pak Ajis. Dia bakal menjadi adik-beradik dengan Aina. Selain itu, Lila juga didatangi dengan Zack, bekas teman lelakinya tetapi Lila malu dengan Zack yang sentiasa dipenuhi dengan lumpur. 

Lila kembali menjadi tumpuan orang kampung yang teruja ingin mengetahui projek rahsianya. Tidak mahu kehidupannya di bandar terbongkar, Lila terpaksa berpura-pura dan terus berlakon untuk menjayakan projek organic beauty. Pak Ajis amat teruja kerana projek tersebut mempromosikan hasil tanaman kampung dan bakal mengharumkan nama kampung. Jadi, Pak Ajis selaku ketua kampung telah memberi sokongan penuh kepada Lila. Apakah akan berlaku seterusnya? Dapatkah Lila menyembunyikan rahsianya? 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Life Lila bermula 21 Januari 2022,  setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Garis Masa Raihan di Stadium Malawati Tarikan Cahaya Israk Mikraj

8 Hari Tayangan, Filem SAKRA Raih Kutipan Melebihi RM 3.2 Juta