in ,

6ixth Sense dan Ana Raffali di Misi Raya Xpressi Kembara

MISI RAYA XPRESI KEMBARA BERSAMA 6IXTH SENSE DAN ANA RAFFALI & THE MARHAENS

Program travelogue Xpresi Kembara terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang banyak mengetengahkan band indie tempatan melakukan pelbagai aktiviti kembara menarik selain mengunjungi destinasi perlancongan dalam negara, sempena Aidilfitri ini muncul dengan program yang dipenuhi misi khas untuk tontonan semua.

Namun kembara artis yang dipilih kali ini melibatkan 6ixth Sense dan Ana Raffali & The Marhaens ternyata berbeza kerana mereka tidak mengunjungi mana-mana destinasi perlancongan sebaliknya mereka meluangkan masa untuk berada di Rumah Orang-Orang Tua Al- Ikhlas yang terletak di Kg. Pulau Meranti, Bandar Bukit Puchong, Selangor.

6ixth Sense & Ana Rafalli

Bakal disiarkan menemui penonton pada 11 September 2010 (Raya Ke-2), jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran TV1, samada 6ixth Sense mahupun Ana Raffali & The Marhaens membuktikan golongan artis juga peka untuk berbakti kepada golongan yang memerlukan apabila mereka melakukan aktiviti untuk mendapatkan tajaan makanan dan pakaian untuk disalurkan kepada penghuni Rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas. Apatahlagi ketika orang ramai sedang sibuk untuk menceriakan sambutan Aidilfitri, golongan warga tua ini tidak ketinggalan untuk turut sama meraikannya walaupun dengan cara yang sederhana.

6ixth Sense & Ana Rafalli

Ternyata kesungguhan 6ixth Sense yang dianggotai Adi Priyo selaku vokalis, Wan (dram), Gjie (gitar utama), Ayoy (bass) dan Atan (gitar kedua) terbalas apabila berjaya mendapatkan tajaan dari Kedai Pakaian Hari-Hari. Malah sebelum itu peminat setia band yang popular dengan single terbaru, Yang Sempurnakanku ini berpeluang menyaksikan mereka menjual pakaian-pakaian yang dibekalkan oleh pusat pakaian Hari-Hari untuk mendapatkan dana dan diberi kepada rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas.

Kemudiannya aktiviti mereka singgah ke Kedai Kasut Hypershoe untuk menemani penghuni rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas memilih kasut raya. Pastinya pelbagai gelagat dan telatah mereka melayan golongan warga tua ini untuk memilih saiz kasut dan warna yang sesuai untuk dipakai di pagi raya.

Tidak cukup dengan itu, 6ixth Sense berusaha untuk mendapatkan sumbangan berbentuk makanan yang dapat disalurkan kepada penghuni rumah kebajikan ini. Kesungguhan mereka untuk beramal dan membantu terbalas apabila lima orang anak muda ini meluangkan masa mengunjungi Shah Alam Silver Bird untuk melakukan aktiviti membungkus sendiri makanan-makanan dari High 5 untuk diberi kepada penghuni Al-Ikhlas. Malah pada masa sama mereka berusaha mendapatkan tajaan dari pengeluar biskut terkenal, syarikat Hwa Tai.

6ixth Sense & Ana Rafalli

Kemunculan gadis comel yang gemar mengenakan baju kurung dan berkebaya di pentas ini, Ana Raffali & The Marhaens pula menceriakan penghuni rumah Al-Ikhlas setelah mendapatkan tajaan dari pengeluar beras terkenal, Syarikat Faiza. Aktiviti mereka cuba untuk mendapatkan beras untuk dibekalkan pada rumah kebajikan tersebut.

6ixth Sense & Ana Rafalli

Kemudiannya Ana Raffali & The Marhaens juga mendapatkan sumbangan minuman daripada Syarikat pengeluar minuman, Yeo’s juga untuk diberikan kepada rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas.

Malah paling mengujakan pastinya ketika mereka berkumpul dan melakukan aktiviti mengecat sendiri rumah Orang-Orang Tua Al-Ikhlas setelah mendapat tajaan cat daripada Kilang Cat KCC. Pastinya ia bakal menyumbang kepada keceriaan kepada warga tua yang tinggal di situ kerana kediaman mereka telah berwajah baru sempena tibanya Aidilfitri tahun ini.

Program diterbitkan oleh Mohd Amer Syafiq Khalip yang menemui penonton sepanjang satu jam pada Hari Raya Aidilfitri ke-2 ini selain dapat membantu kepada golongan yang memerlukan ternyata mampu membuka peluang kepada artis yang terpanggil membuat kebajikan di bulan yang mulia ini.

6ixth Sense & Ana Rafalli

6ixth Sense & Ana Rafalli

6ixth Sense & Ana Rafalli

6ixth Sense & Ana Rafalli

6ixth Sense & Ana Rafalli

6ixth Sense & Ana Rafalli

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rancangan Raya Ziana Zain

Cara 1 Syawal 1431H Ditentukan di Malaysia