Cara 1 Syawal 1431H Ditentukan di Malaysia

KAEDAH PENENTUAN AWAL SYAWAL 1431H DI MALAYSIA

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Cawangan Falak JAKIM telah memaklumkan bahawa kaedah penentuan awal syawal 1431H di Malaysia adalah menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

Hasil daripada mesyuarat Ahli Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam pada 13 April 2010, satu laporan penetapan tarikh awal bulan Syawal telah diangkat ke Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi rujukan dalam menentukan awal Syawal 1431H.

JAKIM menjelaskan bahawa Kriteria Imkanur Rukyah (kebolehnampakan) adalah seperti berikut :

Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal (anak bulan) di atas ufuk (horizon) tidak kurang dari 2° (darjah) dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang dari 3° (darjah).

ATAU

ii. Di ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada 8 jam ( kriteria ini diambil kira selepas ijtimak (conjunction) berlaku ).

4. Bagi amalan di Malaysia, data-data kajian ditentukan bagi tiga bulan utama iaitu Awal Bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat 2 titik rujukan iaitu melihat kepada Koordinat Tanjung Atiam, Sabah iaitu stesen paling timur dan Koordinat Tg. Chincin di Pulau Langkawi, Kedah iaitu stesen paling barat.

5. Bagi tujuan penentuan awal Syawal 1431H, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan 1431 Hijriah bersamaan 8 September 2010 Miladiah (Rabu). Cerapan akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang telah dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja. Proses cerapan diperingkat negeri, lazimnya diketuai oleh mufti negeri yang mengetuai Jawatankuasa Penentuan Awal Puasa dan Raya. Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan Raja-Raja.

6. Perbezaan penentuan tarikh hari raya di antara negara-negara Islam berlaku kerana wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan). Ia juga bergantung pada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau rukyah dan hisab.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6ixth Sense dan Ana Raffali di Misi Raya Xpressi Kembara

Gambit Saifullah & Tania Hudson dalam Drama Tika Cinta Berbisik