Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

6 Cara Untuk Tentera Bawang Malaysia Elak Kena Godam dengan Israel

SERANGAN netizen Malaysia telah memberi kesan emosi kepada Israel, ternyata diorang betul-betul dah koyak. Jadi, diingatkan supaya warga maya yang digelar sebagai Tentera Bawang Malaysia supaya berhati-hati serangan balas hacker Israel itu.

Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS) serta Pertubuhan Media Digital Malaysia (MEMO) mengeluarkan tips supaya kita tidak menjadi sasaran hacker rejim Zionis itu.

  • a) Sila pastikan laman Facebook anda tidak meletakan email, gambar yang nyata, nombor telefon, alamat rumah dan maklumat peribadi yang terperinci jika anda ingin membuat komen atau membalas hujahan di laman facebook ISRAEL;
  • b) Sila pastikan perkataan-perkataan ISRAEL atau lain-lain yang perkataan yang rijik dalam Bahasa Inggeris tidak digunakan secara word sebenar, sila gunakan ayat seperti IS—Rael Takoot, perbanyakkan gunakan Bahasa ibunda kita dan ayat-ayat yang tidak boleh dikesan oleh pihak Pentadbir Facebook;
  • c) Perbanyakkan guna Hashtag #GazaUnderAttack #SoladiritiBersamaGAZA #GazaForPeace #SoladirityPalestine dan Hashtag yang sedang trending Ketika ini;
  • d) Perlu diingat bahawa Pemilik FACEBOOK adalah berbangsa Israel dan mereka telah memperketatkan pantauan di Facebook IP Malaysia serta akan memusnahkan laman Facebook individu, justeru anda digalakan untuk membuat backup dan facebook kedua, ketiga dan seterusnya bagi menyelamatkan Data Peribadi anda;
  • e) Untuk mengelakkan agroridam, pastikan pemilik page avoid perkataan yang boleh dikesan oleh Israel termasuk jangan berkongsi Page Israel di Page Peribadi anda;
  • f) Anda DILARANG untuk LIKE, FOLLOWS atau ADD FRIEND kepada Page atau FB Peribadi orang Israel dan sekutunya bagi mengelakkan mereka mendapat like dan followers percuma dari anda serta memanipulasi Page mereka.

CDCS  dan MEMO akan terus membuat pantauan, tinjauan dan siasatan dalam siber media digital mengenai laman-laman Israel dan sekutunya untuk memastikan matlamat soladiriti kita untuk Rakyat dan Negara Palestine dapat diteruskan secara besar-besaran. CDCS dan MEMO akan memberikan tips dari masa ke semasa dalam situasi Media Digital Siber untuk anda semua.

Tentera Israel kini sedang meningkatkan serangan udara ke atas Palestin atas alasan bagi memburu pejuang Hamas.

Pada masa yang sama pejuang Hamas tidak mengalah dan terus melancarkan ribuan roket ke wilayah Israel.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version