in

Tambah ‘Anak Baharu’, Bila Giliran Hael Husaini Nak Berdua-Duaan Dengan Isteri Pula?

Makin membesar keluarga Hael Husaini dengan penambahan ahli keluarga baharu

Kehidupan penyanyi dan komposer Hael Husaini seakan hampir lengkap dengan segala yang dimilikinya termasuklah seorang anak angkat, Helena.

Namun antara yang para peminat nantikan adalah kehadiran seorang isteri pula dalam kehidupan beliau.

Melalui satu hantaran bersempena Hari Raya Aidilfitri, Hael telah memperkenalkan anak baharunya pula.

Nampaknya saiz keluarga Hael semakin membesar dengan hadirnya sepasang kembar.

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Dari kami Hael, Helena and say hello to my twin Haelmy & Haelman 🙏🏻💜”

Bertambah bahagialah Hael bersama anak-anaknya itu.

Sementara itu, ramai yang meninggalkan komen mereka termasuklah daripada kalangan rakan-rakan selebriti.

Apapun, sama-sama kita doakan Hael bakal bertemu jodoh tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Masya Masyitah | 17

Rentas Negeri Balik Kampung untuk Beraya Penyanyi Masya Masyitah Disiasat Polis

Gadgetmodel Hiasan | 18

6 Cara Untuk Tentera Bawang Malaysia Elak Kena Godam dengan Israel